Tahun ini kami sekeluarga sepakat untuk membuat kenduri 'cum' rumah terbuka kerana kenduri pegang puasa tidak diadakan seperti tahun sebelum-sebelumnya. Seperti yang telah dipersetujui, kenduri akan diadakan pada hari raya ketiga(15 Oktober hari Isnin)kerana ketika ini masing-masing sudaah tidak berkunjung ke mana-mana lagi. Dan seperti biasa juga masak-memasak diadakan secara bergotong-royong sesama anak -beranak sahaja. Tugas abah tahun ni hanya mendapatkan khemah kerana takut hujan dan lebih mudah jika semuanya diselenggarakan di luar rumah.
Menu yang ditetapkan ialah nasi putih, pecal, dalca, ayam masak merah, ayam goreng, daging masak kicap dan ikan masin. Aku kali ni hanya jadi assistant cuci pinggan dan kemas dapur sahaja kerana mak meng-import cook nya dari Bukit Mertajam!
Menu yang ditetapkan ialah nasi putih, pecal, dalca, ayam masak merah, ayam goreng, daging masak kicap dan ikan masin. Aku kali ni hanya jadi assistant cuci pinggan dan kemas dapur sahaja kerana mak meng-import cook nya dari Bukit Mertajam!
Mak memang seorang tukang masak yang hebat kerana dia pasti akan menyediakan juadah yang ngam dengan semua orang!
Geng Motor Kapcai dari Larut Tin dan juga Geng Motor Besar (Taiping Bikers) turut memeriahkan suasana.
Mak-mak sedara aku yang tengah ghalit makan pecal...dalam-dalam pedas tu rasanya habis juga dua pinggan!
Selesai kenduri, dalam pukul 6 petang, hujan turun selebat-lebatnya...Standardlah..Taiping! Sapa yang tak tahu?
Selesai hujan, malam tu kami semua keluar menjamu selera di Bomba...pekena Rojak Sotong Yong Tau Foo
Kebanyakan gambar diambil oleh Anisa!
No comments:
Post a Comment