Monday, October 1, 2007

Mengenal Arah

Semasa aku terlibat dengan aktiviti orientering zaman-zaman sekolah dahulu, memang ia satu aktiviti yang sangat menyeronokkan...

Kami belajar bagaimana membaca bulan, bintang dan awan malahan arah angin, arah sungai, arah matahari, arah sungai..teringat semasa aktiviti LMS, bila fasi cuba mengena aku di tengah malam (silap orang betul ~ sebab dia ingat aku anak manja kut!) Semasa aktiviti meredah hutan pada waktu malam rasanya aku relax jer, mungkin kerana bertahun-tahun meredah hutan dan sungai!!! Dan bila kumpulan kami merupakan group yang pertama sampai dalam masa kurang setengah jam, lecturer yang mengiringi kami pun huh..terkedu! hahahaha..antara penangan orientering. Sebenarnya lebih senang berjalan malam sebab panduannya banyak...berbanding berjalan siang sebab mudah terpedaya dan tersasar! Kalau malam panduannya jelas...Teringat juga aku mengingatkan seseorang bila berjalan dalam HUTAN BATU...tengok bangunan tertentu supaya tak lupa jalan!

Sekarang ni, aku sedang menunggu sambil mengerling anak murid aku membuat aktiviti orientering mereka...jenuh sungguh mereka mencari klu!! Itu baru buat dalam sekolah dan penat berlaari ke sana- sini..Nasib baik tak amik gambar!!

Aktiviti orientering aku di sekolah senang jer...ada dua kelas, 2 orkid dan 2 hibiscus, maka 2 orkid sediakan aktiviti untuk 2 hibiscus..vice versa lah! So Isnin 2 hibiscus sediakan route dan 2 orkid main..Hari rabu bagi 2 Hibiscus pula.

PJK memang aktiviti yang menyeronokkan walaupun di bulan puasa sebab banyak permainan yang boleh disediakan sambil mereka belajar..

So ..learning should be fun and interesting..eh??

No comments: