Monday, October 22, 2007

Hidup, Cinta dan Inspirasi

Tajuk ini dipinjam dari Teater P. Ramlee~ yang diadakan di Istana Budaya sekarang. Macam menarik pula. Rasanya duit raya aku mungkin digunakan untuk menonton teater ni.

Masa aku belajar di MPPP dulu, memang aku terlibat dengan pementasan teater. Suka juga bila dapat berteater ni sebab disinilah aku meluahkan segala keresahan jiwa...tambah bila jiwa kacau..hahahaha..

Antara pementasan yang paling aku enjoy terlibat ialah "Sirih Bertepuk, Pinang Menari" yang dibuat bersama Dr Ghous dan Dr Sam dari USM. Selama 3 tahun aku aktif bersama teater USM dan dalam masa yang sama aku juga aktif dalam aktiviti lasak yang lain.

Teringat pula kenangan aku di Chicago bila masa Ooi mengajar aku menari. Apa tidaknya aku tinggalkan dunia seni hampir 15 tahun dan tiba-tiba aku kena menari dengan dif-dif kehormat. Itu yang mengkakukan kakiku!!!

Masa di Maktab aku juga terlibat dengan Badan Budaya Pulau Pinang. Dan badan ini melatih ramai orang menjadi penari, pelakon dan yang bagusnya teknik-teknik dalam menjaga lontaran suara, bahasa badan dan cara bertutur kata yang aku masih guna pakai sehingga ke hari ini!
Tapi aku sebenarnya lebih menumpukan kepada teater dari menari sebab aku masa tu memang 'tomboy' habis!

Berbalik kepada Hidup, Cinta dan Inspirasi...

Apa maknanya HIDUP? Adakah sekadar bangun pagi, sarapan, kerja, bercakap apa yang perlu dengan orang sekeliling, balik, buat apa yang perlu dan tidur...

Adakah kehidupan menjadi rutin yang perlu sementara sampainya masa kita kembali kepadaNYA?
Apakah yang kita cari dalam hidup ini? Sudah berjumpa atau masih mencari?

Maka jadilah kita manusia yang sekadar MENGHADAP kehidupan dari sehari ke sehari!


CINTA...kalimah yang menjadi igauan semua manusia...Semua manusia dan binatang memerlukan CINTA.

Adakah cinta menjadi nadi kehidupan kita? Nadi yang menjadi penggerak segala rutin yang kita lakukan setiap hari tanpa jemu?

Dalam hidup, kenapa kita sangat memerlukan cinta, perasaan halus yang perlukan belaian dan kasih sayang? Bermula dari saat kita dikendung dalam ibu kita sendiri dan sehinggalah saat kita pergi mengadap Yang Esa.

Tapi ramai di antara kita sudah mula kehilangan seni memberi dan menerima belaian dan ksih sayang sehinggakan kerajaan kena tubuhkan Kementerian Wanita
semata-mata untuk mendidik warga kita supaya lebih berkasih sayang!!

Bila diperhatikan cara ibu-ibu bercakap dengan anak-anak, sering kali dengan suara yang meninggi dan keras. Alasannya untuk mendisiplin dan mengajar anak-anak supaya bersopan santun... iye ke??

Bila diperhatikan cara suami-suami bercakap dengan si isteri, seringkali dengan acuh-tidak acuh dan lebih kepada berbentuk arahan kerana...aku suami..dan akulah kuasa dalam rumah ini...ada juga??

Bila diperhatikan isteri bercakap dengan suami...sudah hilang seni kelembutan dan tutur lenggok yang melembutkan hati suami kerana...alahai penatlah buat kerja di pejabat, balik sambung kerja di rumah pula...suami asyik minta itu dan ini... Hmmm...


Bila berfikir tentang cinta, ramai yang merasakah bahawa mereka sudah menemui cinta tapi soalan aku adakah cinta itu sudah menemui tuannya?


Atau cinta itu adalah obsesi yang menjadi igauan sehingga lupa makan, minum dan mandi! Sehinggakan ramai di antara kita membelakangkan yang halal dan yang wajib dek atas nama CINTA?

Inspirasi....Kita mampu melakukan banyak perkara hebat apabila kita mendapat inspirasi. Tapi kat mana dapat kita jumpa inspirasi? Bukannya ada jual kat kedai pun?

Hidup, Cinta dan Inspirasi...adalah nyawa, hati dan perasaan yang wujud dalam sebuah tubuh bergelar MANUSIA.


Yang jelas ialah..semua orang perlu hidup, bercinta dan mendapat inspirasi untuk meneruskan langkah dalam dunia ini. Maka kita terus melangkah dalam kehidupan ini untuk mencari cinta dengan harapan ia akan memberi inspirasi kepada kita menjadi manusia yang lebih hebat dari semalam.

No comments: