Lelaki pertama:
~menyuarakan tentang keperluan spiritual dalam kehidupan. Dia berharap agar keperluannya diambil kira supaya dia dapat merasakan hidupnya lebih bermakna.
~berusaha membentuk keadaan-keadaan di mana dia dapat memenuhi keperluannya supaya segala pengharapannya dapat dicapai.
Lelaki kedua:
~menyuarakan tentang mengubah dirinya sendiri supaya keadaan di sekeliling akan berubah mengikut perubahan yang telah berlaku dalam dirinya. Bagi lelaki ini, kita tidak boleh meletakkan harapan dan pengharapan ke atas sesuatu/seseorang kerana jika harapan dan pengharapan itu tidak mencapai standard yang ditetapkan maka kekecewaan akan menyusup masuk perlahan-lahan menguasai pemikiran.
~bersikap lebih banyak menerima keadaan-keadaan sekeliling supaya dia dapat bernafas dengan selesa dan tidak ditekan dengan pengharapan.
Topik yang sama juga dikupas antara dua wanita yang berbeza.
Wanita pertama:
~ Berpendapat bahawa hidup perlukan perubahan dan sentiasa bergerak supaya pengisian kehidupan di dunia dan di akhirat dapat diseiringkan. Maka zon selesa dianggap sebagai satu dinding yang menyekat pergerakannya.
Wanita kedua:
~Baginya keselesaan yang wujud dalam kehidupan menyebabkan dia tidak perlu berubah tetapi mengikut perubahan yang berlaku. Tidak perlu menuntut dengan apa yang tidak wujud dan tidak perlu mewujudkan harapan-harapan yang tidak mungkin dapat dicapai.
Kesimpulan aku:
Pertama, sekali aku perlu mengenal diri aku sendiri dan tidak berharap orang akan mengenali diri aku. Namun begitu aku tidak akan meletakkan diri aku untuk memenuhi kehendak orang sebelum keperluan aku dipenuhi.
Kedua, kehidupan memerlukan kita sedia menerima perubahan dan sentiasa memberi peluang kepada perubahan.
Ketiga, mana ada manusia yang sama beb!! AKU...KAU...DIA...tak sama...
No comments:
Post a Comment