Raya pertama dihabiskan di rumah tok dan tokwan..Sempat juga aku mengutip duit raya dari Makjang Mah!
Hari raya keempat kami semua beraya di Sungai Bakap, rumah kakak mak, Makngah Siah. Dari sini kami bergerak ke rumah Pakdak di Kulim. Lepas tu ke rumah Makngah Ina di Bukit Mertajam.
Hari Raya kelima, kami beraya di Selingsing, ke rumah Pak Hassan. Anak perempuannya, kak Su adalah anak angkat kesayangan mak aku. Kak Su pernah tinggal di rumah aku semasa dia belajar Form Six di SM Dato Burhanuddin. Rupa-rupanya Kak Su pun ada projek menarik...Jual Kek Buah!
Hari Raya Ketujuh, masa aku dan mak aku melabuhkan kepala!! Kami dua beranak keluar senyap-senyap ke Hair Salon di Port Weld! Lega rasanya bila berpeluang mencuci dan mengurut kepala...Nak juga dibelai!!
Kedai ni sentiasa penuh sebab servisnya memang tip top dan murah. Cuci hanya RM3, kalau dengan potong rambut, RM6.
Sebenarnya hari raya keenam, aku, Sheda dan Mak ke Ipoh! Secara rasminya Sheda dan aku dah ada enterprise sendiri. Rasanya terselit juga rasa bangga dalam hati mak bila melihat anak-anak perempuannya mengikut jejak langkahnya dalam dunia perniagaan!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment