Tika dan saat ini semua shopping complex di seluruh negara pasti dbanjiri oleh mereka-mereka yang membuat persiapan terakhir menjelang raya yang tinggal hanya setengah minggu sahaja..
Semalam aku ke rumah Nita mengambil kuih raya yang dipesan oleh rakan sekolah dan pejabat suami. Semetelaah tu terus je aku ke Tesco membeli keperluan untuk membuat kek coklat yang mula bertambah pesanan di saat akhir. Memandangkan ada dua Tesco di kawasan yang berdekatan maka aku pun menghayun stering kancil ku sana. Semasa di Tesco Ipoh belakang Jusco, aku hanya membeli keperluan untuk dapur, sambil-sambil melilau melihat pakaian yang agak murah tapi rasanya tak lah diperlukan sangat.
Kemudian aku ke Tesco Extra (dulu Makro Ipoh) untuk mencari keperluan untuk membuat kek. Hairan dua Tesco yang sama tapi menyagikan keperluan yang berbeza. Tepung naik Bluekey hanya ada di Tesco Extra tapi tak ada di Tesco Ipoh. Begitu juga telur dalam kuantiti yang banyak. Konklusi aku...Tesco Extra adalah pasaraya pemborong manakala Tesco Ipoh lebih kepada retailer.
Mata aku meliar memerhatikan manusia memborong sehingga lewat malam tambahan pula sepanjang bulan posa, Tesco dibuka dari 8am hingga 1am. Maka berduyun-duyun lah yang datang membuang duit!
Nafsu manusia di bulan puasa kadang-kadang sungguh aneh! Ada yang begitu asyik membuag duit seolah-olah raya hanya sekali seumur hidup. Teringat cerita si Nita, jiran-jirannya sibuk memasang tiles di porch kereta, memasang langsir baru dan pagar baru, dia...macam aku sempoi jer! Mungkin kami lebih kepada golongan membuat duit? Atau kami ada cara tersendiri untuk membuang duit. Ini kerana persiapan ke India tinggal untuk booking tempat tinggal dan tiket keretapi dan bas sahaja.
Kelompok manusia yang membuat duit biasanya lebih simple dan ala kadar dalam pembawaan harian. Itu yang aku perhatikan. Golongan yang gemar membuang duit biasanya begitu gah dengan gaya dan rona kehidupannya.
Apapun raya ni bagi aku tak salah kalau pandai membuat duit sebelum mula membuang duit!

No comments:
Post a Comment