Sebenarnya bukanlah sukar untuk hidup di dunia ini..kalau difikirkan ..makanan melimpah ruah..pakaian lebih dari perlu...malahan kemudahan sangat mudah diperolehi.
Namun begitu apa lagi yang dicari oleh manusia yang kelihatan begitu mengejar masa yang begitu pantas meninggalkan kita...
Teringat pada satu pepatah yang menarik..apabila kita mengejar dunia...kita akan meninggalkan akhirat dan apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita. Tetapi berapa ramaikan yang mempu berbuat begitu? Kita terlalu terikut akan nafsu dan kehendak sehingga kita akan meninggalkan akhirat..
Aku juga begitu..Susah untuk aku mengenepikan segala kemahuan dan kehendakku semata-mata untuk mengejar akhirat walaupun jauh dihati kecil aku, terdetik bahawa..bila lagi? Kubur akan sentiasa memanggil dan dunia akan tidak ditongkat selama-lamanya...
Entahlah...kehidupan ini memang pelik bila di renung namun begitu setiap selekoh yang dilalui pasti menemukan kita dengan sesuatu yang baru...
Pasrahkah aku dengan segala urusan yang telah ditetapkanNYA? Relakah aku menerima segala ketentuanNYA? Sering kali aku termanggu dan berfikir bagaimanakah aku akan berdepan dengan segala persoalan ini. Perlukah aku menjawab atau aku menunggu jawapan tiba pada suatu hari?
Mungkin Ramadhan ini masanya untuk aku memandang jauh ke hadapan menelusi segala-galanya dan menerima ketentuanNYA dengan hati yang terbuka...
Wallahuallam...

No comments:
Post a Comment