Wednesday, October 31, 2007

Hamba Duit atau Tuan Duit?

Dah puas dengan article yang entah apa-apa dari aku? Sekarang kita belajar pula yer....

Duit bermaksud-D: Doa
U: Usaha
i :innovative
T : tawakkal
Ada apa dengan duit agaknya sehingga aku memilih tajuk ini. Duit merupakan perkara yang penting di dunia ini malah merupakan jalan penghubung akhirat. Allah begitu menekankan tentang kerja agar memperbaiki ekonomi kita. Mencari duit atau bekerja merupakan jihad dan satu ibadah.Malah saidina Uthman sendiri memohon kepada Allah agar matikan dia dalam keadaan fissabillillah iaitu berperang ataupun ketika bekerja.
Betapa besarnya makna kerja itu. Allah memandang hina terhadap orang tidak bekerja itu kerana fakir itu membawa kepada kehinaan. Oh ya, bagaimana saya katakan duit itu penghubung akhirat? Mudah sahaja.Kita berpegang kepada 5 rukun Islam dan rukun Islam yang kelima ialah menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Kalau tak kerja mana nak dapat duit dan macam man nak kerjakan haji kalau tak ada duit.
Duit mencegah kita daripada kemungkaran contohnya kenapa kita nak terima rasuah klu diri dah kaya? Segalanya menjadi dengan duit. Kita boleh belajar tanpa masalah, berkahwin,menunaikan Haji dan memberi derma kepada orang yang memerlukan..........Tapi duit bukan segalanya. Jangan kita menjadi hamba kepada duit kita sendiri.....

Dipinjam dari kopi

1 comment:

Anonymous said...

Bagaimana pula dengan yang ini?

D = Dunia
U = Untuk
I = Insan
T = Terlupa

Boleh ke?