Pada hari Rabu lepas (10hb Oktober) aku bergegas pulang ke Taiping awal-awal pagi kerana tengah malam sebelumnya mak telefon memberitahu Sheda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan segera. Pagi itu juga mak ada appointment klinik Diabetik yang pasti akan mengambil masa berjam (keputusan kandungan gula 13.3~risau juga nih!)
So bila aku tengok adik aku tu..kesiankan kerana tiub falopian sebelah kiri perlu dibuang kerana ada ketumbuhan (cyst) yang sudah bocor. Aku hanya mampu meneman dan menyelesaikan urusan mengambil GL untuk urusan wad. Dia hanya boleh discaj keesokkan hari kalau tak ada apa-apa komplikasi.
Keadaan-keadaan ini memang selalunya diluar jangkaan kita dan selalunya kita memang tidak bersedia. Cuma mungkin masalah itu dapat dikenalpasti lebih awal sekiranya kita mengambil langkah health monitoring dari masa ke semasa!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment