Sebenarnya minggu-minggu terakhir persekolahan adalah masa yang paling sibuk bagi seorang guru. Seringkali aku mendengar komen dari orang lain yang tidak datang dari dunia perguruan akan mengatakan mudahnya menjadi seorang guru tapi hakikatnya hanya jauhari mengenal manikam!
Nasib aku tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lega dari bebanan kerja. Tetapi aku terasa kehilangan apabila bertahun-tahun bergelumang dengan kerja yang tak berhenti-henti dan tiba-tiba semua berhenti seketika.
Tahun ini aku berpeluang menjamu mata dan minda di rantau orang. Banyak juga yang dipelajari tetapi aku terasa kosong kerana dah biasa dengan being busy. Kekosongan itu menjelaskan lagi lompong yang ada dalam hidup ku. Apa tidaknya aku melepaskan semua jawatan yang disandang di sessi pagi dan bergerak ke sessi petang, jelas sungguh bahawa aku mesti sentiasa sibuk supaya aku tidak terasa kosong dan bosan. Mengajar di sessi pagi memang memberi ruang untuk aku melakukan banyak aktiviti ko kurikulum dengan pelajar. Dan biasanya banyak lawatan yang akan dikendalikan untuk pelajar-pelajar aku tapi tahun ni di sessi petang terasa masa sangat singkat dan tapi kosong tidak terisi dengan aktiviti dengan pelajar.
Dalam kekosongan itu banyak pula yang aku fikirkan terutama tentang hala tuju kehidupan. Malahan terfikir siapa aku sebenarnya?
Terfikir juga apa yang aku mahu sebenarnya dari kehidupan ini... Bersyukurkah aku dengan apa yang telah dikurniakan dalam kehidupanku atau aku sekadar menelan dan mengikut flow tanpa betul-betul menetapkan haluan ku?
Terfikir juga, adakah kita sekadar berpura-pura di pentas kehidupan ini? Atau ada skrip tertentu yang sudah disiapkan dan kita hanya berlakon sahaja?
Sebenar-benarnya banyak kertas ujian yang harus disemak, markah yang perlu di key in tetapi selalunya di simpan sehingga masa yang lebih sesuai kerana "mood"! Kadang-kadang untuk melakukan yang terbaik kena ada masa dan ketika yang sesuai supaya tidak terasa keboringan nya!!
Atau sudah sampai masanya untuk aku membuat navigation baru??
Ini memang tengah mandom!
Dan dalam masa yang sama asyik menghitung kalender~ tak sabar nak ke India!

No comments:
Post a Comment