Hari ini memang menyeronokkan buat pelajar tingkatan 2 aku kerana mereka berpeluang membuat blog mereka sendiri. Aku permudahkan untuk mereka dengan membuka satu gmail baru untuk mereka dan dibawah satu payung, mereka mula membuat blog mereka.
Aku perasan bahawa pelajar kini banyak memudahringkaskan bahasa mereka sehingga tiada tatabahasa yang tersusun malahan banyak salah ejaan (yang sengaja disalahkan) sehingga aku terasa untuk menetapkan peraturan tentang penggunaan Bahasa Inggeris yang tepat dan tidak dicacamarbakan!
Namun begitu peluang yang diberikan telah membuka minda ramai pelajar yang sebelum ini agak pasif dalam kelas...sekurang-kurangnya kini mereka sudah ada ruang untuk bertemu di alam maya.
Dan pastinya blog aku menjadi panduan...itu yang jenuh aku mencari cara nak masukkan musik dan chatbox dalam blog aku kerana aku tahu itulah dua benda yang menjadi kegilaan remaja kini!
Dan yang paling bagus ialah bagaiman mereka berusaha untuk menggunakan English untuk melahirkan isi hati mereka..Memang banyak yang dipelajari hari ini oleh para pelajar, selain dari memperbaiki English mereka. Malahan secara tidak langsung mereka juga belajar membaca arahan apabila mereka belajar mengenal makna "Dashboard", "Layout" dan yang menariknya ialah bagaimana mereka cuba menggunakan flashfetish untuk memasukkan lagu dalam blog mereka!
Tahniah buat pelajar aku hari ini atas: "Job Well DONE!"
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment