Untuk memberi dan menerima memerlukan dua pihak yang saling memahami...
Kisah ini dijadikan sebagai panduan kepadaku pada suatu masa dulu apabila aku berdepan dengan masalah dalam perkahwinan dan juga masalah kehidupan kerana aku berpegang pada prinsip "akulah yang perlu mengambil langkah pertama dalam memulakan dan jangan menunggu orang lain untuk memulakannya dahulu kerana apa yang berlaku pasti tidak akan berlaku sebagaimana yang aku inginkan"
Biarlah kita yang menjadi pihak yang memahami dari pihak yang dipinta untuk memahami kerana itu akan menjadikan kita lebih bergantung kepada orang lain untuk menjelaskan segala-galanya kepada kita.
Kisah memilih ranting dan pohon ini adalah bagi yang dapat memahami bahawa kita yang perlu membuat keputusan dan belajar bertolak ansur dalam keputusan kita supaya kita dapat suatu keadaan yang memuaskan hati semua pihak..Dan tak salah jika kita berkorban sedikit supaya menang besar.
Suatu ketika Plato terlibat dalam perbincangan dengan gurunya…
Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab:
“Masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu ranting yang menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
“Saya sebenarnya sudah menemui ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik. Maka saya keluar dari hutan tanpa membawa apa-apa.”
Guru itupun berkata:
“Itulah cinta”
Lalu Plato pun bertanya apakah makna perkahwinan
Guru pun menjawab:
”Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.”
Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:
“Saya bertemu pohon yang indah daunnya, besar batangnya…tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan…akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya pikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemui pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin mampu merawatnya dan menjadikannya indah.”
Lalu sang guru berkata:
“Itulah makna perkahwinan.”
No comments:
Post a Comment