Sunday, October 7, 2007

Katak dibawah TEMPURUNG KACA?

Sejak sekembalinya aku dari US, aku lebih banyak menjadi pemerhati yang tidak berbayar dari turut serta dalam forum bersembang dengan sesiapa sahaja. Dalam aku memerhati ni banyak perkara yang aku agak tergerak hati untuk menyebut tapi mungkin masa tidak sesuai atau aku bukanlah orang yang sesuai untuk menyebutnya. Ramai juga yang mula menegur sikap aku yang semakin banyak diam dari berkata-kata berbanding dulu di mana aku memang sentiasa mejadi "periuh suasana".
1**Di kalangan anak murid aku mula menyedari bahawa mereka amat memerlukan guru yang bersikap lebih proaktif dengan perubahan yang mereka sedang alami. Mengajar di sekolah perempuan mempunyai cabarannya yang tersendiri walaupun ramai yang mengatakan lebih mudah mengajar...kata orang! Pada hari Jumaat yang lepas, diadakan Majlis Khatam Quran dan Salam Bermaafan kerana mulai 8hb Oktober Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula! Terasa bagaimana bila aku mula memeluk anak-anak muridku bahawa mereka memang perlu dipeluk dan dimanja walaupun sekadar menumpang kasih...
~Hilangkah sudah kita nilai menyentuh? Budaya Melayu yang terkenal dengan kelembutan dan kasih sayang mula diganti dengan budaya ..hai, hello, how are you?
~Anak-anak kita mula berganti bahasa yang dikatakan moden kerana proses modernisasi...tempiasnya juga terasa di kalangan anak-anak ku sendiri di mana mereka begitu pantas membalas apa yang ditegur tanpa memikir dahulu sebelum berkata-kata...
~Isu "MMS L@#$h dari Jengka" menerobos mindaku dengan asakan bahawa adakah kita nampak apa yang sedang berlaku pada generasi kita?
2**Dalam kehangatan Syawal yang makin menjelang, kedua-dua tukang jahitku jatuh sakit..seorang dibedah awal Ramadhan dek ketumbuhan di payu dara..Belum lagi di peringkat kritikal tetapi agak merbahaya. Yang seorang lagi pula kena warded sebab overwork..Kurang air dan garam dalam badan. Akhirnya aku, mak dan anak-anak hanya ada sepasang sahaja baju raya. Alhamdullillah ada juga ..kan!
~ rasanya dalam kecanggihan penjagaan kesihatan makin ramai kaum wanita yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan sendiri. Hairan juga aku bila melihat keadaan ini. Kenapa terjadi sebegini? Susah sangatkah untuk memastikan diet yang seimbang untuk diri sendiri. Sayur dan buah amat mudah untuk diambil. Kalau malas masak sayur boleh digantikan dengan ulam. Teringat beberapa hari lalu aku makan tembikai dicicah dengan sambal belacan! Si Aisyah pun terikut sama..sibuk si abahnya bertanya "eei, sedap ke?"
Kalau malas nak makan buah, bila makan luar order la jus buah! Begitu juga dengan pengambilan yogurt sangat bagus untuk proses pembuangan toksin dalam badan. Diet fiber sangat penting dalam tubuh wanita kerana kekurangan fiber akan menyebabkan wanita mudah diserang pelbagai penyakit di luar jangkaan. Tak salah kan jika mencegah dari awal.(Antara ilmu yang dikutip sepanjang menjadi Ketua Panitia Pendidikan Jasmani!)
3**Bila mendengar kekawan bercerita bab "kampungku atau kampungmu terdetik di lubuk hati..adakah lebih kepada hanya memenuhi tuntutan masyarakat bahawa bila raya perlu pulang ke kampung atau apakah tujuan sebenarnya bila pulang ke kampung? Atau berlumba-lumba siapa yang akan sampai ke kampung dahulu? Bila dah sampai ke kampung..apa yang berlaku?
~budaya berkenduri menyambut Syawal sekarang amat kurang diamalkan, lebih ramai yang berkenduri di hadapan TV sambil menjamu mata! Sedangkan budaya berkenduri itu adalah satu saluran yang paling mudah untuk mengumpulkan sanak-saudara untuk berjumpa dan bertanya khabar atau bertukar cerita!
Adakah kita nampak semua ini atau kita tak berdaya nak mengubah semua ini atau kita hanya mampu melihat semua ini?

No comments: