Susah sikit nak bercerita pasal abang aku ni sebab dia dibesarkan oleh opah aku berbanding membesar bersama aku dan adik-adiknya. Maka paham-paham le!! Dia agak sukar untuk didekati kerana dia biasa dengan kehidupan yang lebih mewah dan dimanjakan.
Semasa aku kecil, aku seringkali melihat telatah abang aku yang dikira agak pelik tetapi diterima oleh arwah opah...pada suatu hari, kenduri arwah sedang diadakan di rumah Matang Gelugor, masa tu mak sedang sibuk buat kari ayam...agaknya abang aku terdengar yang ayam tak cukup, lalu ditangkapnya anak ayam dan disembelihnya...hidup-hidup! Sampai hari ni aku phobia tengok orang sembelih ayam...Tapi arwah opah aku ketawa melihat apa yang abang aku lakukan!
Teringat aku pada ketika abang aku berumur sekitar 4 tahun (kami berbeza setahun jer..dia lahir pada 29 September 1971), ketika itu abah bekerja di Sungai Siput dan arwah Tokwan Sahari pula menjadi mandor di estet getah di kawasan jalan nak ke Grik (aku kekadang ingat nama tempatnya!), sanggup arwah Opah keluar dengan lori getah untuk ke Sungai Siput untuk mengambil abang aku di bawa balik tinggal bersamanya. Abang lebih lama tinggal bersama arwah Opah kerana semasa itu Ijan dah ada maka ketiadaan Abang tidak begitu dirasai.
Bila dia masuk Darjah satu, aku jarang bersama abang. Seingat-ingat aku dalam seminggu mungkin dua atau tiga hari sahaja dia akan tinggal di Matang, yang lainnya dihabiskan bersama arwah Opahku di Simpang. Sehinggakan Majlis Berkhatan juga diadakan di rumah arwah Opahku dan bukannya di rumah kami.
Dia kembali bersama kami semua kembali selepas sekolah rendah kerana pelajarannya yang begitu merosot. Sepanjang persekolahannya pun, aku memang tak berapa rapat mungkin kerana tidak membesar bersama.
Selepas dia tamat Tingkatan Lima, dia terus bekerja di Kuala Lumpur sehinggalah ketika mak dimasukkan ke hospital barulah aku bertemu semula dengan dia. Itupun dia pulang bersama bakal isterinya. Ketika itu dia berumur 21 tahun dan bakal isterinya 23 tahun. Mereka berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahayamata. Malangnya jodoh mereka tidak panjang kerana mereka bercerai semasa aku sedang mengajar di Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekarang dia sudah beristeri lain dan mempunyai seorang anak.
Dari segi urusan keluarga, aku memahami keadaannya kerana dia tidak membesar bersama kami maka hubungan kekeluargaan agak renggang tetapi kami tetap berhubung sebagai adik beradik cuma mungkin kerana aku terbiasa mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung maka aku agak agresif dalam membuat keputusan dan memastikan segala-gala yang perlu diurus diuruskan dengan lancar.
Satu perkara yang aku jadikan iktibar dari keadaan ini ialah...aku tidak pernah menyerahkan anak-anak aku sama ada kepada emak atau emak mertuaku untuk dijaga. Tanggungjawab menjaga anak tetap aku pikul bersama suami walau macamana perit sekalipun kerana apabila tanggungjawab mendidik diambil alih oleh orang lain maka hubungan kasih sayang antara ibu, bapa dan anak mula terungkai dan yang akan tinggal hanya ikatan 9 bulan 10 hari sahaja.

No comments:
Post a Comment