Monday, October 8, 2007

Kembali pada asal


Bingkai yang dipilih oleh Shahrul, Optometrist di Fokus Point, Tesco. Bingkainya jenis sempoi sebab katanya cari yang nampak cute and fancy supaya tak nampak serius sangat (muka aku ni serius ke?), lensa jenis Fusion 58 ~ water and scratch resistance, uv400, multicoated, dapat mengawal power dibawah matahari, ada lagi yang disebutnya tapi yang paling best bagi ialah ia sangat ringan.

Akhirnya semalam terpaksa juga aku kembali berkaca mata selepas meninggalkan kaca mata aku di sebuah kedai cermin mata di Jertih Terengganu pada tahun 1994. Rasanya aku mula bercermin mata sejak tahun 1990 kerana rabun dekat. Apa tidaknya aku memang gila membaca sehingga ke lewat pagi. Ketika itu aku belum mengenali dunia komputer maka ketagihan aku disalurkan ke buku-buku..Apa sahaja jenis buku yang dapat dicapai. Malahan, ada sebuah kedai buku sewa yang aku adalah pelanggan tetapnya kerana saban hari tak kira waktu, hujan atau panas aku akan ke kedai itu untuk meukar bahan bacaanku!

Rasanya kini aku terpaksa mengakui bahawa seiring dengan umur..bahawa aku sudah memerlukan bantuan! Disahkan kadar silau dalam mata aku meningkat dan rabun dekatku semakin serius menyebabkan aku mengalami kesukaran untuk memandu di waktu malam, menonton tv, mengadap komputer dan membaca. Simpton yang aku alami ialah migrane (sakit kepala di sebelah kiri), mata berpinar dibawah cahaya matahari dan fokus aku sudah tidak jelas!

Inikah hadiah harijadi ku???

No comments: