Memang kalau time raya, aku cukup happy kerana selalunya inilah masanya aku membuat duit. Dan biasanya duit itu diberikan sebagai duit raya kepada semua yang dekat dengan aku!
Apa yang aku nak sentuh disini ialah kata-kata mak aku berpuluh tahun yang lepas~"Bukan senang nak ambik duit dari poket orang!"
Dan kata-kata itu aku pegang bukan sahaja dalam bisnes kecik-kecik aku nih tetapi juga dalam kerja aku yang memerlukan aku mempengaruhi ramai orang untuk menerimapakai apa sahaja idea gila aku!! ~ "Bukan senang nak ambik kata YA dari minda orang"
Banyak situasi yang memerlukan kita supaya memerhati, mengorek, mengguli keadaan-keadaan sekeliling sehinggalah kita menemui pendekatan yang sesuai supaya apa yang kita hajati dapat diterima dengan mudah.
Satu insiden yang berlaku pada petang Raya di mana aku dimarahi oleh emak, abah, suami dan Ijan kerana pada mereka aku membuat kerja gila! Memang betul kerja tu nampak gila dan mungkin itu sajalah kut ruang untuk aku menjadi gila-gila!! Kuang,kuang,kuang!
Anak lelaki aku yang dah besar panjang tu dapat kerja kontrak di KFC di Ipoh dekat rumah aku di mana dia dah kerja semasa tunggu result SPM dulu. Namun begitu bila duty roaster dibuat, dia kena kerja petang raya dari jam 4 petang dan aku pula ketika itu memang tengah sibuk berjualan! Tapi aku hantar jugalah dia balik ke Ipoh. Jalanraya memang jam dan kami sampai di rumah lewat dari jangkaan.
Dan malam itu selepas selesai berjualan, pukul 2 aku cunggit balik ke Ipoh ambil dia. Tapi kali ni aku minta Sheda temankan sebab aku pun dah flat!
Sampai di rumah Aulong pukul 4 pagi dan abah tiba-tiba marah! Standardlah!
Pagi Raya tu dia buka isu tu lagi, mulanya aku malas nak layan tapi akhirnya aku menjelaskan keadaan dengan rasa sedikit terkilan kerana mereka gagal memahami keadaan yang sangat mudah untuk difahami.
Bayangkan anak lelaki aku tu jauh dari mak sendiri (yang kini bersama dengan keluarga baru di Air Itam, Kedah~tak pernah telefon dan tidak menghulurkan duit perbelanjaan untuk harian ataupun raya:aku faham atas dasar kesempitan hidup dan dia adak dua anak lain yang perlu dijaga) kemudian ayah pula kali terakhir menjenguk dia hanya semasa dia berumur 7 tahun dan menghulur hanya RM2 kerana masa tu dia ni bersunat!
Bayangkan keadaan si anak ini yang kini sedang belajar Form Six beraya bersama orang asing yang mengambil dan menjadikan ia ahli keluarga...apa yang dia rasa dalam hatinya apabila semuanya ditanggung beres untuk nya? Pasti sekali dia inigin mencari ruang untuk berdikari dan tidak mahu terusan menumpang.
So aku jelaskan kepada abah tindakan aku menghantar dan mengambil dia adalah atas sebab yang mudah. Pertama petang raya..bas ke Ipoh memang penuh dan highway memang jam. Dan malam raya kalau tak diambil bermakna dia akan beraya seorang diri di Ipoh. Persoalan yang aku tinggalkan pada abah ialah..kalau itu anak abah, pasti sekali abah juga akan mengambil langkah yang sama kan?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment