Coretanku kali ini adalah apa dari pemerhatianku terhadap sekelilingku..Tidak ada kena-mengena dengan sesiapapun..Dan janganlah ada yang ambil hati ya...
Setiap hari aku berhadapan dengan keadaan memilih di mana aku perlu memberi dan menerima...Keadaan di mana aku mesti membuat keputusan untuk memenuhi kehendak orang lain atau membuat agar orang itu untuk mendengar apa yang aku pinta.
Kita seringkali meminta bermacam-macam perkara, berharap untuk memiliki pelbagai impian...Kita inginkan perkara-perkara yang berlaku bersesuaian dengan keinginan kita. Kita ada seribu satu macam kehendak yang kalau boleh semuanya dipenuhi.
Dan walaupun kita sedar ada di antara keinginan, kehendak, impian, harapan kita yang tidak dapat dipenuhi, kita tetap akan mencari ruang dan peluang supaya semua yang kita inginkan dipenuhi. Kalau boleh dengan apa cara sekalipun.
Cuma yang menjadi persoalannya ialah sanggupkah kita berkorban untuk memiliki apa yang kita idamkan?
Apa yang aku perhatikan dari kehidupan ini ialah ramai di antara kita sanggup menyimpan perasaan dan teruskan dengan kehidupan yang ada walaupun dia sedar bahawa kehidupan yang dilaluinya adalah bukan apa yang diimpikan selama ini. Ini kerana mereka tidak sanggup mengorbankan perasaan yang tersayang. Mereka lebih sanggup berkorban untuk yang tersayang walaupun jauh di sudut hati mereka sering tertanya-tanya...
~"Jika aku membuat apa yang aku mahu, sanggupkan dia memahaminya?"
~Kenapa aku tak boleh nak dapat sebagaimana yang aku berikan pada dia?
~"Adakah orang yang mengalami sebagaimana yang aku alami ini atau aku seorang sahaja yang bermain perasaan?"
~"Kenapa dia tidak dapat memahami keperluan aku sebagaimana aku memahami keperluan dia?"
Bukan mudah untuk mendapat seseorang yang memahami diri kita sebagaimana yang kita ingin difahami...Begitu juga bukan mudah untuk menjumpai seseorang yang menyayangi kita dengan cara yang ingin kita disayangi.
Ramai juga di antara kita tidak dapat meluahkan isihatinya dan sering menyimpan perasaan sendiri atau membiarkan segala-galanya bermain di dalam kepala sendiri kerana risau akan menyakitkan hati seorang lagi. Tapi sedarkah tindakan kita itu akan mengeruhkan suasana kerana walaupun apa yang tidak menyenangkan hati kita itu tidak disebut, ia tetap terpancar di wajah kita?

~ Persoalan ini timbul oleh kerana beberapa panggilan telefon yang begitu menyentuh kalbuku dan perbualan dengan seorang anak muridku petang semalam.
~Terima kasih kepada yang sudi menelefon dan berkongsi denganku. Sesungguhnya ia menyedarkan aku supaya menjadi kawan/teman/sahabat yang lebih memahami dan sekiranya aku belum memahami...jelaskanlah kepada ku..
No comments:
Post a Comment