Tuesday, October 30, 2007

Melawat Ladang

Hari ini aku lepak di perpustakaan..saja larikan diri dari staff room yang sesak nafas...So masa di library, masa kena dibahagikan antara mark paper, buat blog, baca paper....dan lain-lain yang dirasakan perlu!

Cuma agenda aku hari ini ialah melawat ladang yang aku mula terokai sejak sebulan dua nih!

Ladang aku ni lebih hebat dari ladang getah...atau ladang kelapa sawit atau ladang mempelam yang nak dipasarkan di Jepun!

Ladang aku ni...ialah Ladang Modal Insan (Pakngah mesti ciwi punya!)

Ladang ni penat aku terokai kerana tak ada orang nak mula kerana ramai yang memikirkan susahnya nak buka sebuah ladang.

Teknik yang aku gunakan ialah teknik Microfon 25o! Teknik ini ialah dengan menanam beberapa biji benih yang confirm dapat menghasilkan pulangan tinggi...Barulah aku beralih ke benih kelas dua. Menggunakan benih kelas satu ni, ramai juga yang mula tertarik untuk membuka ladang yang sama!!

Bermula dari bercerita, dan menggunakan blog aku sebagai contoh, kini setiap hari aku menuai hasil!!

Bila melihat anak murid mula membina pemikiran kritis dan bertanyakan soal kehidupan membuatkan aku yakin bahawa objektif aku untuk membuka minda anak murid aku supaya berfikir di luar kotak dan berpandangan jauh...

Keempat-empat kelas aku dah expert pasal blogging dan sudah mula menerbitkan rasa ingin tahu di kalangan kelas lain sehinggakan ada yang sanggup buat personal tuisyen...mencari aku sekeliling sekolaha untuk belajar membuka ladang minda nih!!

4 comments:

Anonymous said...

saya lah antara orang yg buat personal tusyen dengan cikgu.

Anonymous said...

sayalah antara orang yang buatpersonal tusyen yg free dgn cikgu...

Sharifah Hassan said...

Dan selepas awak...ramai lagi!!Boleh buat kelas khas untuk blogging jerr....

Anonymous said...

bagus le shahirah ni...rajin betul! Kata nenek saya: semakin kita belajar sesuatu...terasa semakin byak yang kita tidak tahu...betul ke shahirah?