- Apakah perkara yang kamu belajar menghargai tentang diri saya yang kamu tidak tahu di awal perkahwinan kita ( atau waktu mula berkenalan)
- Apakah perkara yang menyakitkan, menyedihkan atau menakutkan kamu?
- Aadakah kamu berpuas hati dengan masa yang telah kita habiskan bersama? Masa yang telah kita habiskan tidak bersama?
- Pernahkah kita mempunyai kejutan dalam kehidupan/perkahwinan? Kalau ada, apa yang kita pelajari tentang diri kita, satu sama lain dan perhubungan kita?
- Apakah impian atau jangkaan yang kita ada tentang perkahwinan? Yang mana telah dipenuhi dan yang mana tidak?
- Apakah yang telah saya lepaskan demi kamu? Apakah perasaan saya?
- Apakah yang telah kamu lepaskan demi saya? Apakah perasaan kamu?
- Bilakah saat yang paling mengembirakan kita?
- Adakah hubungan seks memuaskan kamu? Saya?
- Bagaimanakah keadaan kita bila tahap keghairahan/nafsu kita berbeza?[Nota: "Walaupun keadaan ini wujud tetapi sangat sukar untuk kita berbincang," menurut Piver. "Tetapi kita perlu peka akan keadaan ini."]
- Bilakah kamu merasa bahagia dalam hidup kamu? Hidup kita?
- Berapa banyak wang yang kita ada sekarang? Berapakah banyak wang yang patut kita simpan sekarang?
- Berapakah banyak wang yang kita idamkan? Berapa banyak yang kita mahu dalam masa 5 tahun? 10 tahun? Adakah kita merancang untuk persaraan kita?
- Berapa banyak yang kita sumbangkan untuk insurans kesihatan? Adakah sumbangan pasangan dapat diterima?
- Adakah kita bersedia untuk keadan hari tua dan kematian ibu bapa kita? (Secara emosi, kewangan dan spiritual)
- Adakah kita mencapai persetujuan tentang mempunyai anak, membesarkan mereka dan mendidik mereka?
- Jika kita mempunyai anak, sudahkah kita menerangkan kepada mereka tentang sex, kematian dan ketuhanan? Adakah mereka selesa dengan penjelasan kita? Bagaimanakah keadan mereka dengan penjelasan kita?
- Bagaiman kita belajar mengendalikan masalah seharian dalam perkahwinan kita? Bagaimana kita dapat memperbaiki keadaan itu?
- Adakah kita lebih rapat secara emosi dari di awal perhubungan kita?
- Bagaimana kita mendefinisikan cinta sekarang berbanding di awal perkahwinan kita?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment