Kueteow Kungfu ~ Kegemaran aku dimakan bersama Somtam Mangga...
Salha Corner
~ Gabungan 'Salmiah dan Hassan'
Periuk nasi keluarga aku dari aku berumur 9 tahun. Ketika itu perniagaan hanya dimulakan menggunakan basikal roda tiga yang ditolak sejauh 3 kilometer dari kediaman kami di quarters keretapi. Kemudian bisnes semakin maju dan dari basikal, dibina gerai kecil, beransur-ansur kepada kedai dan akhirnya dibangunkan sebagai restoren terbuka.
Perniagaan dimulakan seawal 4 pagi kerana pelbagai masakan yang perlu disediakan oleh mak aku. Percayalah..hanya dia seorang saja yang memasak. Penat tak terkata dan tugasnya hanya berhenti pada jam 5 petang. Dan kalau yang makan gaji komplen pasal kepenatan dan tidak cukup gaji..dengan hanya bekerja selama 8 jam. Bandingkan jika anda kena bekerja selama 13 jam sehari?
Abah pula lebih kepada PR di kedai!!. Mak bertindak sebagai enjin. Anak-anak adalah tukang basuh pinggan, tukang angkat air dan aku lebih kepada belakang tabir kerana aku banyak menghabiskan masa di rumah mengemas!!! Tapi aku tak kisah kerana sekarang pun aku memang "terlatih dalam bab mengemas rumah"!!!
Bila dikenang zaman kanak-kanak, aku amat bertuah kerana mendapat pendedahan tentang perniagaan seawal 9 tahun. Teringat aku ketika aku berumur 12 tahun aku mengambil alih kedai kerana mak dan abah terpaksa ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan anak rakan baik abah. Pengalaman itulah yang yang membuatkan jatuh hati dengan perniagaan.Cuma nasib aku terpilih menjadi seorang pendidik. Namun begitu aku tetap menyimpan cita-cita untuk mengambil alih perniagaan kedai makan itu. Bila..tak tahu!!
No comments:
Post a Comment