Thursday, September 13, 2007

Hari-hari yang mula sibuk

Bila Ramadhan menjelma sebenarnya kaum wanitalah yang paling sibuk. Apa lagi jika mereka mempunyai kerjaya. Dari sahur sehinggalah lewat malam, mereka tidak berhenti menyempurnakan tanggungjawab untuk keluarga dan juga memenuhi kehendak di tempat kerja.

Ketika inilah suami memainkan peranan paling penting supaya para isteri tidak terasa diabaikan. Cuba bayangkan dari sebelum sahur mereka bangun untuk menyediakan juadah bersahur, diikuti membuat persediaan untuk berbuka supaya selepas pulang kerja, mereka tidak kelam kabut. Kemudian menyiapkan anak-anak ke sekolah sambil-sambil membasuh dan mengemas rumah. Selepas menghantar ke semuanya, terus ke tempat kerja.

Pada waktu rehat pejabat, digunakan pula waktu itu memikirkan menu dan ke pasar atau hypermarket mendapatkan apa yang diperlukan di dapur. Sesampai sahaja di rumah, terus ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Selesai dapur di tutup (oops..nasi untuk bersahur kena letak siap2) terus ke masjid untuk bersolat terawih. Selesai solat kembali ke rumah memikirkan kain baju yang perlu dilipat dan yang nak di iron. Masa tu dah lewat jam 11 malam. Kalau ada yang "mencuit"....nak dipenuhi juga tu...

Memang wanita zaman sekarang wajar menjadi superwoman. Kadang-kadang terfikir kat mana mereka mendapat energy yang tak pernah habis?

~Sekadar meluahkan isi hati teman-teman!~


Peranan suami perlu sesangat-sangatnya untuk meringankan tanggungjawab si isteri.

No comments: