Apabila aku mengimbau kembali perkara-perkara yang berlaku kepada diriku, terasa kerdil sungguh! Dan dengan usia yang semakin meningkat dari hari ke hari mengingatkan aku pada masa yang semakin singkat. Masih sempatkah aku melakukan apa yang aku inginkan? Masih berpeluangkah aku terus menggapai kebahagiaan yang diidamkan? Adakah ruang dihati yang Esa untuk insan sekerdil aku?
Sesungguhnya aku adalah insan yang terpilih untuk dilahirkan ke dunia ini dan melalui cabaran-demi cabaran dan menerima peluang demi peluang. Aku sedar cabaran yang datang adalah untuk menjadikan aku manusia yang lebih tabah dan baik dari semalam.
Namun begitu ada masanya tergugat juga imanku...
Adakah hidup ini satu penantian atau satu perjalanan?
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
1 comment:
salam... kehidupan adalah suatu perjalanan... dan sesungguhnya kita tidak beruntung jika laluannya lurus... sebab perjalanan berkenaan tidak menambahkan pengalaman... tidak mencabar kemampuan diri... dan tidak mampu menjentik minda sedar kita... berbanding dengan laluan yang bersimpang-siur dan bercabang2...
Post a Comment