Tuesday, September 18, 2007

Chef De Amor...



Biskut Susu Suji

Bahan:

60 gram tepung susu
500 gram minyak sapi
300 gram gula aising
300 gram tepung suji
600 gram tepung gandum
satu sudu kecil esen vanilla
satu setengah sudu kecil garam
Ceri merah untuk hiasan
Cawan kertas


Cara:

1. Pukul gula dan minyak sapi hingga kembang
2. Masukkan esen vanilla,garam, putar lagi
3. Masukkan tepung suji, tepung gandum dan tepung suji. Adun sehingga menjadi doh
4. Rehatkan selama 15 minit. Bulatkan doh dan masukkan dalam cawan kertas. Letakkan sedikit ceri merah sebagai hiasan
5. Letakkan di atas dulang pembakar dan masukkan dalam ketuhar bersuhu 175*C selama 12 hingga 15 minit.


Senang jerr...

Biskut ini mudah untuk dibuat dan merupakan kegemaran anak-anak ku sejak tahun tahun lepas. Tahun ni mereka pula mengambil alih menggunakan ketuhar breadmaker aku. Mudah digunakan sebab timer dan suhu boleh disetkan.

No comments: