Monday, September 17, 2007

Taiping..With Love



Aku memang anak jati Taiping. Dan aku sangat bangga membesar di bandar yang penuh bersejarah. 16 September 1959, Malaysia dibentuk dan Taiping mula membangun dengan mencatatkan pelbagai sejarah yang kini mula dilupakan.

Abah bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu mulai 1971 (landasan keretapi pertama ialah di antara Port Weld dan Taiping 1888)dan pada tahun 1988, Malaysia menyambut KTM 100 tahun. Aku masih ingat lagi semasa kedatangan Dr Mathathir ke Taiping. Begitu juga semasa penggambaran filem Noor Kumalasari dan Jins Shamsudin "Hapuslah Airmatmu", abah termasuk dalam pak pacak dan sempatlah dia famous sekejap.

Taiping..with Love juga diabadikan dalam majalah kartun No 1 tanahair "Gila-Gila", rasanya diukir oleh Rejab F.I.

Taiping juga adalah bandar yang paling basah di Malaysia seperti hari ini...kesejukan dan kesegaran udaranya menyebabkan ramai yang datang bertugas biasanya kekal sehingga beranak cucu...

No comments: