Pernah tak kita dengar si ibu berkata, "Awatla tak dak sapa pun dalam ghumah ni yang cakap TERIMA KASIH?"
Kenapa ini berlaku?
Adakah kerana si ibu sendiri tidak pernah mendidik anak-anaknya cara bagaimana dirinya harus dihormati?
Dia merungut, "Ada anak sampai tujuh orang, tapi sorang pun tak pernah nak berterima kasih dengan apa yang aku dah buat."
Apa kata kalau dua puluh tahun yang lalu, dia memberitahu si kecil, " Dalam ghumah ni, kita cakap TERIMA KASIH pasai nak bagi tahu yang kita
menghargai,menghormati dan bersyukur.Apabila mak masak kan sarapan pagi Isnin, terima kasih perlu diucapkan, Kalau terlupa alamatnya sarapan pagi Selasa ..buat sendiri la.
"Kalau tak berterima kasih sebab mak hantar pergi sekolah hari ni, esok kena jalan kaki."
Andainya dia berpegang kepada apa yang diucapkannya, tidak kah anaknya belajar dengan cepat? Peringatan buat diri sendiri!
No comments:
Post a Comment