Thursday, September 20, 2007

Bank Rakyat : Untuk rakyat?

Pagi ini, tiba-tiba teringatkan tender borang emas di Bank Rakyat Medan Gopeng. Semalam dalam pukul 11 am aku menerima panggilan dari rakan ku (Jamal...yang merupakan adik kepada rakan setugasku, Afendi yang pernah berkhidmat di Tarcisian dan kini berada di SMK Buntong ~ kecilnya dunia!!)

Katanya kalau berminat nak membeli barang kemas murah datanglah ke bank ambil borang dan tengok barang... Alamak aku kan mengajar petang, so nasib baik hari Rabu aku memang free sikit so aku pun minta kebenaran Penolong kanan Petang untuk keluar sekejap.

Bila sampai sahaja aku terus mendapat borang.

...so tadi aku pun pergilah melihat barang yang dilelong. Menarik.

Aku pun masuk tender untuk seutas rantai leher, beberapa bentuk cincin dan seutas gelang tangan. Semuanya berharga lebih kurang RM1500.

Yang menariknya ialah emas menjadi satu bentuk perniagaan dan cara membuat duit yang paling mudah, bukan lagi sebagai perhiasan. Aku bukanlah pemakai barang emas tetapi suka menyimpan kerana 3 dara pinggitan aku. Yelah... nanti nak kahwin taklah penat nak bagi barang kemas.

Lagi pun harga barang emas kian meningkat. Aku rasa kalau tak dapat melabur dalam hartanah, melabur dalam emas pun menguntungkan. Bayangkan seutas gelang tangan yang aku miliki dengan harga RM800 pada tahun 2002, kini berharga RM 1700.

Menurut Jamal, setiap bulan, Bank Rakyat mengadakan lelongan awam untuk emas. Terbuka kepada public. Cuma ramai yang tidak tahu cara pelaburan ini. Bayangkan harga yang dilelong adalah 10% segram murah dari harga pasaran. Misalnya jika sekarang harga emas segram ialah RM 86 maka harga asas bank ialah RM75.40, dah jimat RM 8.60 segram. Kalau barang itu dalam 10 gram maka harga yang ditawarkan ialah ialah RM 754.00. Harga Tender mungkin RM780 ke...terpulang lah. Tapi bagi tender, kena fahamlah, siapa yang meletakkan harga tertinggi akan mendapat tender tersebut.

Kalau tak dapat bayar, barang boleh diletak di bank, dan pihak bank akan membayar 65% dari harga emas tersebut. Aik..kita beli emas, kita pula dibayar duit!! Hahahah...
Kita hanya membayar 35% untuk memiliki emas tersebut. Bayaran 65% kepada bank boleh dibuat secara ansur-ansur. Cuma ke bank dan bayar bila ada duit.

Bermakna, lama kelamaan, kita akan memiliki emas tersebut dan mengaut untung bila harga emas naik. Mudah kan untuk membuat duit...

Tak ramai yang nampak dan sedar! Aku pun sama (baru berjinak-jinak ).

No comments: