Wednesday, September 5, 2007

Cinta OTAI




Tersebutlah al kisah 2 kekasih yang sudah lama bersama...

Mereka adalah insan warga emas yang sentiasa aku bayangkan. Mereka menjalani kehidupan yang sepi dek kerana semua anak-anak kini mempunyai kehidupan sendiri. Banyak ikhtibar yang aku ambil apabila aku memerhatikan hidup mereka.

Si suami kini berusia 81 tahun dan si isteri berusia 71 tahun. Kedua-dua mereka adalah duda dan janda yang memilih untuk membina hidup bersama. Melihat cara mereka bercakap, memang tidak nampak kasih sayang yang mendalam kerana bahasa yang diujarkan sesama mereka jelas kedengaran kasar dan keras.Namun bila dihalusi, cara sebutan setiap patah perkataan jelas menunjukkan kasih sayang yang begitu mendalam di antara mereka.

Bila diperhatikan dari gerak langkah, aku memahami bahawa setiap sentuhan itu adalah sentuhan yang penuh rasa cinta kerana bila diperhatikan cara si suami menyelimuti si isteri yang mengadu kesejukan, ia dilakukan dengan lembut dan kasih sayang.

Walaupun pasangan ini bukan lah jenis yang romantik tapi kehidupan mereka jelas penuh dengan rasa cinta.

Bila ditanya rahsia cinta mereka, jawab si suami mudah sahaja..Ilmu jiwa. Bukan semua orang ada dan bukan semua orang rasa. Tambahnya lagi..pasangan suami isteri mempunyai 2 tali ikatan yang akan mengikat mereka seumur hidup. Pertama ikatan ijab kabul. Kedua ikatan cinta. Kedua-dua sama penting kerana ia melengkap hidup pasangan sebagai suami isteri.

Ketika aku sibuk menentukan halatuju aku dalam kehidupan, aku tahu mereka puas mengecapi kehidupan mereka di muka bumi ini. Dan aku juga tersedar bahawa jika Ilmu Jiwa tidak diamalkan dalam kehidupan kita, pasti sekali kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada kerana kita akan terus mencari dan akhirnya kita akan menjadi "dahagi".

Tepuk Dada Tanyalah Selera

No comments: