Hari ini aku menerima berita yang amat mengejutkan aku dari tidur ayamku...
Pelajar yang pernah menjadi tunggak pasukan hoki ku sehingga kami menjadi antara pasukan yang digeruni di Daerah Kinta selamat kembali ke Rahmatullah tanggal 31 Ogos 2007, hari Jumaat pada usia 19 tahun. Beliau terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan keretakan teruk di bahagian kepala dan menghembuskan nafas di tempat kejadian. Arwah dikebumikan pada hari yang sama selepas solat Jumaat.
Syurifah...Doaku, Agar rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan semoga dikau ditempatkan bersama mereka yang terpilih. Amin...Teringat aku baru semalam aku bergurau dengan teman rapatku tentang membina rumah yang hanya ada pintu tiada tingkap...
No comments:
Post a Comment