Dalam tempoh sebulan lebih lagi aku akan mencecah 35 tahun. Ini adalah usia penentu bagi wanita kerana dia akan meninggalkan zaman muda dan memasuki usia matang. Kalau bagi lelaki, hidup mereka bermula apabila mencecah usia 40 tahun, maka bagi wanita, hidup mereka bermula ketika usia 35 tahun. Ketika ini, mereka berada di kemuncak karier dan mereka mula menguasai hidup mereka. Jika mereka sudah bersuami pun, mereka memainkan peranan sebagai teman, rakan berbincang. Wanita di usia ini lebih memahami kehendak dan keperluan sekeliling kerana mereka lebih yakin dengan kekuatan mereka sendiri. Kematangan mereka diukur melalui keputusan yang mereka ambil dalam menentukan halatuju mereka. Jika diperhatikan, ramai wanita di usia ini mengecapi kejayaan dalam hidup sama ada kejayaan peribadi, keluarga ataupun karier. Satu yang pasti ialah aku semakin dewasa!
Gambar kelas 5 Sains 2 diambil pada tahun 1989 bersama guru tingkatan Mr. Chua ( ajar Kimia). Antara rakan yang masih diingati..Helena Mary, Wan Azila, Haslinda, Norliza, Suzana, Sayeda, Zaini, Norazah, Nur Hanina ( masih mencari teman sehingga ke hari ini), Lizawati, Nur Hasimah, Yusnita, Aznida...
Apa khabar korang...harap-harap raya ni boleh la kita get together kat rumah Suzana atau rumah Nina?!
Aneh bila aku mengimbau sambil membelek album gambarku terutama ketika di usia remaja. Rasanya aku menikmati kehidupan remajaku dengan puas. Banyak perkara yang telah aku capai ketika itu.
Dari zaman sekolah rendah, aku suka membuat keputusan dan menguasai keadaan. Namun begitu ada juga keadaan di mana oleh kerana kenakalan dan "ketidakseriusan" yang aku amalkan, ramai yang mengganggap aku belum cukup matang. Aku ialah seorang yang sangat suka ketawa dan tiada masalah yang terlalu sukar buatku!
Teringat semasa aku mula-mula masuk darjah satu. Bayangkan, aku tinggal di Kg Matang Gelugor dan sekolah aku di Taman Tasik Taiping (SRK Treacher Methodist). Jauh..sangat-sangat jauh (20km). Aku kena bangun seawal 4 pagi untuk menaiki van pukul 4.30 pagi dan sampai di sekolah pukul 7 pagi. Kalau ditinggalkan van, bermakna tak ke sekolah lah aku. Masa tu aku baru Darjah satu. Cemburunya aku pada abang aku kerana dia tinggal dengan Opah, selalu dihantar dan diambil! Tapi aku selalu balik lambat...Kadang-kadang berkeroncong perutku menahan lapar untuk sampai ke rumah jam 3 petang.
Masa aku darjah satu, aku ditempatkan di kelas yang paling corot sekali... 1E, hanya kerana aku anak kampung. Masa tu aku suka sangat dengan Bahasa Inggeris. Walaupun aku tak pandai bercakap tapi aku suka mendengar. Guru kelas aku masa tu ialah Puan Kandasamy ( Dia sebenar Chinese kahwin dengan India...sangat cantik, macam Nancie Foo) Kemudian aku naik ke darjah 2D, okay sikit sebab tak berkawan dengan budak-budak estet dari Bukit Larut. Bukan apa...rambut mereka banyak kutu sampaikan rambut aku diketung pendek...Masa aku darjah 2, tidak banyak kenangan yang menarik kecuali kali ini, kami sekeluarga sudah berpindah tinggal di Kuarters KTM.( No 59, Rumah Keretapi). Kemudian aku naik ke 3C. Masa ni, kawan baik aku ialah Sharon. Aku tak tahu nama bapa dia cuma aku ingat dia masih berhutang 15 sen dengan aku. Tahun tu rasanya Sultan Idris (Sultan Perak) mangkat, dan Sharon tak datang ke sekolah. Aku dengar dia pindah ke Singapore dengan mak dan abang dia. Aku selalu tunggu abang dia datang ambil dia dengan kereta merah tiada bumbung. Cantik sangat kereta tu.
Tahun seterusnya aku naik ke 4 A. Masa ni aku memang tunjuk taring sebab aku pegang banyak jawatan (Gila Kuasa)Tapi alamak...aku bertemu semula dengan Puan Kandasamy. Aku sangat takut dengan dia sebab dia ajar Bahasa Melayu. dan ada satu perkataan yang aku selalu salah eja sampai ke hari ini "perkerjaan"! Mungkin sebab itu aku selalu kantoi dalam ujian BM! Aku fail BM dua kali masa ambil STPM!! Masa SPM pun, result English aku pun lebih bagus dari BM.
Tahun berikutnya aku naik 5 A. Guru kelas aku ialah Puan Lim. Dia pakai kereta Fiat petak. Orang baik dan manis. Dia ajar English. Mungkin sebab itu aku suka English sampai ke hari ni. Tahun itu aku menduduki Penilaian darjah 5. Tapi terus terang aku tak faham pun apa bendanya ujian itu. Aku hanya dapat 3 A 2 B. Yang pentingnya tahun depan aku masih kekal dalam kelas yang terbaik.
Masa aku darjah 6, pertama kali kami dapat guru lelaki...Alamak hansome! Mr. Ong, dia ajar seni dan English. Rupa-rupanya dia suka makan roti canai kat kedai mak aku! Tahun ini aku menjadi pengerusi macam-macam kelab. Tapi yang paling aku ingat ialah Pengerusi Rumah Hijau (menjadi petani) Kami belajar menanam tomato dan bendi. Seronok dapat jual bendi dan tomato pada guru-guru.
Cara aku mendapatkan duit poket ketika itu ialah dengan menjual nasi lemak 50 sen. Setiap hari aku akan jual sekurang-kurangnya 5 bungkus. Kadang-kadang aku bagi duit tu kat mak aku, kalau tak bagi, duit itu akan dihabiskan membeli majalah "Kuntum".
Mak dan abah ketika itu sibuk dengan adik kecil. Sheda lahir masa aku darjah 3. Aku jadi tukang ngasuh Ijan dan Sheda. Okaylah...
Semasa aku naik sekolah menengah, aku teringat bagaimana aku mendaftar sendiri masa naik Tingkatan Satu. Aku hairan kenapa kawan-kawan aku semua datang dengan mak bapa mereka, aku datang berbasikal je. Ketika aku menyerahkan borang, Puan Fahiza yang menyambutnya. Teringat lagi soalannya, "Ayah datang tak?" Aku kata tidak, "Mak datang tak?"..pun aku kata tidak. Aku tak faham apa-apa pun ketika itu, yang aku faham ialah nak masuk sekolah kena daftar, kalau tak daftar, tak boleh sekolah...Akhirnya Puan Fahiza menjadi ibu angkat aku dan dialah orang yang mengatakan: Dalam hidup ini tak akan ada yang membantu kecuali pelajaran. Mungkin sebab itu aku jadi cikgu kut?!
Selama aku di SMK Treacher Methodist, aku memang aktif habis. Hanya tak jadi pengawas je sebab kalau jadi pengawas tak boleh pegang jawatan pengerusi. Masa tu aku pengerusi rumah sukan, Pengerusi Perpustakaan. Ketua Patrol Pandu Puteri, Setiausaha Pandu Puteri, Pengerusi Kelab Sains Rumah Tangga (padahal aku aliran Perdagangan), pemain hoki sekolah, pelontar cakera, wakil acara lompat jauh dan lompat tinggi. Tapi aku paling minat hoki (dengan Cikgu Salleh)dan Pandu Puteri (dengan Miss Ho).
Aku memang enjoy zaman sekolah... Enjoy habis! Masa SRP, aku blur!! hahaha...tak pergi tuisyen pun..yang aku ingat ialah bila next camping atau next game. Nasib baik aku dapat 16 Agregat. Itu pun abah yang pergi tengok sebab aku tak ambil kisah. So aku masuk science stream. Alamak masa ni aku boring habis sebab aku tak minat science langsung...langsung..lansung!
Saat paling sedih ialah pada hari terakhir SPM kerana aku tahu aku akan berpisah dengan sahabat-sahabat baik ku. Masa result keluar, habis semua nangis sebab rindu sangat...dan aku pula menyambung tingkatan 6 di SMK Raja Chulan Ipoh. Masa di SRC, aku jadi pengawas sekolah...alamak boring nya!! Tapi yang paling best sekali tak siapa pun tahu aku anak saudara pengetua (Puan Fatimah Sahari) sehinggalah aku keluar masa Upper six untuk ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Masa aku balik untuk menduduki STPM, sibuk habis semua orang bertanya, kenapa tak cerita yang aku ni anak saudara pengetua, termasuklah beberapa guru...lorrr, dalam kepala aku, bukannya dia nak tolong aku atau mereka pun. Kalau nak capai apa-apa, usahalah sendiri. Ramai yang ingat aku maksu maktab kerana mak saudara aku, yang sebenarnya tak ada siapapun tahu aku minta maktab. Itu yang sadisnya sebab aku tak jangka dapat. Lain yang dirancang lain yang jadinya.
Masa di maktab, aku memang lasak-selasaknya. Aku buat Pendidikan Bahasa Inggeris untuk sekolah rendah. Masa ni ke-tomboy-an aku memang terserlah!. Aku masuk Pengakap..dapatlah buat sampai manik kayu 4A. Bila nak buat 4B tak tau lah!! Masa tu, aku berpeluang ke Sabah untuk Jamboree di Tambunan. Seronok sebab pergi dengan duit sendiri. First time naik kapal terbang so aku berbaik dengan pilot sehingga sepanjang perjalanan aku dapat duduk di cockpit melihat bagaimana navigation dan pemanduan sebuah kapal terbang dibuat. Seronok duduk di kerusi pilot! (Mungkin sebab itu aku teruja sangat bila Adlin kata dia nak jadi pilot) Masa tu juga aku aktif dengan hoki. Selain dari itu aku juga menjawat jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Pelajar Luar. Ketika itu aku terpilih untuk mengikuti Pelayaran KLD Tunas Samudera siri 56/92. Malah, aku aktif berkenu sehingga mewakili Pulau Pinang. Memang best gilerrr...
Hmm..memikirkan pasal boyfriend, ramai jugalah..sama ada aku minat kat mereka atau mereka minat kat aku. Yang jelasnya tak pun aku jumpa seseorang yang berkenan di hati. Tapi layan jer...Aku memang pemilih sebab cara hidup aku yang bebas ke sana sini tanpa sekatan memberi bayangan seolah-olah aku ni bebas sangat, tetapi aku lebih kepada mengisi ruang senggang aku dengan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Memang aku tak pernah duduk diam...nak tengok aku tidur petang punyalah payah! Kalau boring sangat, pernah aku round Penang dengan kapcai aku..saja!!Maka mempunyai teman lelaki memang membataskan pergerakkan ku. Prinsip aku mudah..suka tak apa, lebih..sorry!
Bila aku melihat kembali zaman remaja aku, memang aku bertuah membuat semua yang telah aku lakukan...Syiok!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
1 comment:
please vizit diz blog to to help our alma ter - TMGS http://liveworthily.blogspot.com/2008/05/my-fellow-old-girls-of-tmgs-i-am-sure.html
tq
radiah, class of '81
Post a Comment