Friday, September 28, 2007

Isu Poligamous: Persoalan Wanita dari Pandangan seorang lelaki...




BUKAN PENDAPAT DARI PEMILIK BLOG INI!

Bertambah menarik jika dibaca 48 komen yang telah diberi

Aku baru membaca email daripada seorang kenalan blogger yang bernama El-Misha Atsushi El Misha Omar tentang persoalan poligami dan tanggapan buruk oleh sister Hadhari El-Sister in Islam.

Izinkan hujjah aku tidak bersandarkan nas-nas dalil Al-Quran, Qias, ijtihad mahupun apa-apa mengenai Agama Islam.
Izinkan hujjah aku mengikut logik dan pandangan otak negatif aku.

Aku tidak bersandarkan Islam dalam hujjah aku kerna hujjah dalam Islam telahpun wujud dalam blog-blog Igama. Ustaz-Mustaz pun boleh direfer begitu juga terdapat beribu-ribu para-cerdik-pandai igama dalam hal ini, baik cerdek-pandai kerajaan mahupun cerdik-pandai bukan Kerajaan (pemberontak). Persoalan poligamous ini telahpun jelas. Kita boleh mengambil junjungan yang sangat dikasihi iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai contoh-montoh hakiki mahupun maknawi.

Untuk menjawab hal ini, sila ikut rule aku. Jika tidak, berpandulah saja daripada pandangan Ustaz-Mustaz baik ustaz mustaz UMNO, abim, PAS mahpun Al-Arqam. Boleh juga refer pada pencerama-penceramah Bebas. he..he.he.

Yang paling bangsat sekali adalah:
1. Cerdik-pandai Kerajaan seolah2 condong pada desakan2 Barat supaya tidak mempromosikan poligamous ini. Seolah2 poligamous ini sebagai suatu entiti yang hina, tidak berperikemanusiaan.
2. Yang aku nampak, pembesar-pembesar kerajaan ini jugalah yang rata-rata banyak mengamalkan poligamous baik yang senang dilihat mahupun yang ghaib dalam ertikata 'yang tak nampak' mahupun yang sorok-sorok.
3. Yang amat melahanatkan sekali tidak kira artis, mahupun golongan anti-poligami agak keterlaluan mempromosikan cerai-berai daripada mempraktikkan poligami. Akibatnya, yang merana adalah wanita juga kerna terdapat sesetengah sang lelaki gagal untuk memberikan tuntutan nafkah selepas cerai mahupun mengendalikan soal hak penjagaan anak.

Nampaknya tindak-tanduk anti-poligamous ini menjerut leher mereka sendiri. He..he.he..

Mengikut perkiraan aku, sisters in Islam adalah suatu badan yang agak memutarbelitkan agama Islam itu sendiri. Mereka hanya melihat poligami ini hanya dari suatu sudut iaitu sudut nafsu wanita itu sendiri. Nafsu itu dikenali sebagai sifat cemburu. Itu saja yang mereka nampak. Dari segi positif mereka tidak dapat melihat. Hati mereka sudah gelap. Fikiran dan mata hati telahpun tertutup.

Untuk mengaburi mata bagi menutupi sifat cemburu tersebut mereka cuba kaitkan poligami ini dgn
1. Ketidak adilan rumahtangga
2. Keganasan rumahtangga

Padahal mereka tidak pernah menyatakan kebaikan poligami itu. Sedangkan yang mengamalkan poligami itu sendiri adalah Rasul mereka sendiri. Nabi, seorang insan yang mulia. Utusan tuhan. JIka mereka melahanatkan poligami beerti mereka telah melahanatkan suatu contoh yang baik Amanah daripada Allah SWT. Jadi dalam soal ini, keimanan dan Aqidah mereka terletak di mana ya?

Mengikut perkiraan aku la.. jika diberi pilihan kepada sisters in Islam sama ada untuk vote for
1. mencontohi RAsulullah
2. mencontohi Bush/Bill Clinton.

For sure mereka akan pilih no. 2. he..he..he. Hak asasi Kemanusiaan kononya. Biarkan saja mereka.

Pada firasat aku untuk menyalahkan poligami semata-semata kerana ia menyebabkan ketidakadilan dalam rumahtangga adalah suatu yang maha tidak adil. Justifikasi aku begini. Jika kita pandang dari segi keburukan, memang sesuatu cadangan itu tidak kemana. contoh:

Aku boleh juga menyatakan bahawa Internet adalah sesuatu teknologi yang membawa keburukan dan bawa padah pada umat manusia. Kerna terdapat banyak poison-letters, fitnah, gambar lucah di dalamnya.
Oleh kerana itu JANGAN GUNAKAN INTERNET. Mudah saja konklusi yang aku buat bukan? Begitu juga konklusi-mudah yang dibuat oleh sisters in Islam untuk menjahanamkan reputasi poligami. Oleh kerana ditakuti poligami ini membawa kepada ketidakadilan dalam rumahtangga maka JANGAN BERPOLIGAMI. HARAMKAN POLIGAMI. Biarlah suami-suami mereka menabur benih mereka thdp wanita pujaan mereka di hotel mahupun di dalam kereta saja. he..he.he..

Pada aku, senang saja iaitu poligami ini hanya untuk MEREKA YANG MAMPU sahaja. Mampu dlm ertikata untuk berlaku adil-saksama baik dari segi dzahir mahupun batin. Jika tidak mampu TIDAK USAHLAH BERPOLIGAMI.
he..he.he.


Aku kini akan menghakimi poligami ini mengikut saraf otak aku tanpa berpandukan nas2 dalil naqli. dalil2 Naqli aku tolak ke tepi. Kini Ikut logik aku saja.

Brain-Processing will begin shortly

Begin!!!

Aku sudah dapat hasilnya....

Aku menghakimi bahawa Poligami, dalam sesuatu hal keadaan, adalah sesuatu yang fitrah, normal, sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Aku tidak Bias. Ini adalah soal fitrah kemanusiaan sejagat.

Akal aku berkata seperti di bawah:

Sifat jantan/kelakian dalam sesuatu ciptaan Allah SWT memang ditakdirkan begitu (konsep takdir). Jantan/kelakian memiliki sifat dominan iaitu.. jika mereka melihat sesuatu yang menarik perhatian, hati mereka terus berdetik untuk memilikinya. Tidak kiralah sama ada barang mahupun wanita pujaan.

Sifat berkehendakkan lebih daripada seorang wanita ini bukan hanya terdapat pada manusia, malah juga pada haiwan. (Aku tidak bermaksud bahawa manusia ini hendaklah jadi seperti haiwan/binatang. cuma contoh sahaja)

Aku ambil contoh seperti berikut:

Dahulu, arwah nenek penulis pernah memiliki seekor kucing jantan perkasa (dominan yang normal) dan seekor kucing jantan pasif (tidak dominan. lemah).

Kucing jantan dominan bersikap seperti berikut:
1. Selalu lesap. Merantau jauh terlalu aktif dan kuat bergaduh, berani dan sang-penakhluk.
2. memperlihatkan sifat dominan yang suka pancut merata-rata
3. mempunyai rupa yang agak macho. Sekali pandang seperti harimau jantan. Bermuka kembang, berleher pendek, berjambang, bermisai dan berjanggut.
4. berbadan berat, keras dan liat
5. Terlalu jarang terkena penyakit.
6. Bunyi mengiau kuat yang terlalu mampu memikat si-betina. Sekali mengiau, kucing betina yang lain terus mengeliat-ngeliat.
7. Mempunyai banyak pasangan, bini, gundik serta betina simpanan

Kucing penakut/ tidak-dominan adalah seperti yang berikut:
1. Lemah, penakut, nampak kucing jantan lain, tercirit2 dan lari lintang pukang
2. Gagal untuk memikat sebarang betina. Silap haribulan mengamalkan homosexual seperti kaldai.
3. Senang dihinggapi penyakit.

Jika kita soal kucing betina, kucing jantan yang mana satukah yang menjadi pilihan. Sudah tentu kucing betina akan mengimpikan kucing dominan yang mempunyai sifat-sifat dominan tersebut.
Begitu juga dengan wanita/perempuan. Sudah tentu mereka menginginkan lelaki yang dominan, sempurna sifat lelakinya yang membolehkan si-lelaki itu memuaskan dzahir dan batinnya.

Jadi aku nak tegaskan di sini bahawa, jika terdapat sang-suami yang boleh terpikat dengan wanita lain, maka janganlah pelik. Anggap itu adalah normal. Tahniah! Suami anda mempunyai sifat normal dan dominan. Cuma dia tidak mampu dan masih berfikiran waras dengan masih terus mengamalkan ajaran Islam dengan menjauhi larangannya. (he..he..he..)

Rasululah adalah suatu contoh lelaki dominan. Walaupun RAsulullah adalah suatu yang patut dicontohi, tetapi sahabat2 yang terdekat masih ramai yang tidak mengamalkan poligami. Ini adalah suatu contoh yang ajaib. Begitu juga dengan alim-ulamak di seluruh dunia termasuk para-para muslihin, ustaz-mustaz. Cuba listkan berapa kerat antara mereka yang mengamalkan poligamous?

Dalam Al-Quran terdapat suatu surah yang berkeratan seperti berikut:

"Jagalah isteri-isteri kamu.... "

isteri-isteri ini menunjukkan kata-plural, jamak. Dalam konteks al-Quran telahpun menunjukkan bahawa sifat lelaki dalam Islam secara default mempunyai isteri lebih daripada seorang. dan... oleh kerana ketidakmampuan, maka hal ini terabai dan tidak dilaksanakan.

Dan jika lelaki Islam itu menuruti ajaran Islam secara jujur, maka sebelum mereka berfikir untuk berkahwin lebih daripada seorang, hendaklah mereka menyoal diri masing2 sama ada boleh berlaku jujur atau tidak. JIka tidak mampu berlaku jujur, maka jangan amalkan poligamous ini.

Oleh yang demikian, persoalan oleh sisters In Islam tentang ketidakadilan dalam soal poligami dalam Islam seharusnya tidak timbul. Orang yang tidak berlaku jujur dan gagal untuk bertindak adil semasa melakukan poligami adalah tergolong dalam golongan mereka-mereka yang GAGAL MEMPRAKTIKKAN ISLAM. Dalam ertikata lain mereka ini adalah orang yang tidak mengikut landasan syariat yang betul. Maka, oleh itu, SISTER IN ISLAM tidak sewajarnya menyalahkan Islam itu sendiri yang menghalalkan poligamous. Jika Sister in Islam terus-menerus menjahanamkan reputasi poligami yang dihalalkan oleh syariah maka jadilah mereka tergolong dalam golongan yang sesat lagi menyesatkan. he..he.he...


Sebagai kesimpulannya aku berharap supaya teman-teman bloggers lelaki hendaklah mempunyai sifat dominan sesuai dengan fitrah muslim sejati. Oleh itu aku mendoakan supaya teman2 seperti, El-Zamir, El-Azim, El-Rastom, El-Aku, El-Anak-Bumi, El-Myself, El-Chinteng dan nama2 yang gagal aku nyatakan di sini, jika tidak keberatan, dan sangat mampu, carilah isteri lebih daripada seorang kerana ia adalah Halal dari segi syarak. Tambahan lagi, ia adalah sesuatu yang 'sedap', lezat lagi berkhasiat. Tapi kalau tidak mampu, baik tidak usah. Dan tergolonglah anda dalam golongan manusia-manusia yang tidak berkemampuan. (he..he..he.). Walau bagaimanapun aku berharap supaya El-Azim dan El-Rastom mempraktikkan sunnah Rasulullah secara total dan full-throttle. (he..he..he..)

Hidup sunnah!!! Hidup Takdir!!!

Aku juga berharap agar manusia-manusia wanita-Muslimah seperti di bawah:
1. El-Mazween
2. El-Leeds El Malique
3. El-Misa Atsushi
4. El-Ustazah berdua. El-Putih dan El-Zalisa
5. El-Nuraina / El-RAfflesia merah
6. etc. terlalu banyak untuk dinyatakan termasuk anynomous-bloggers

ini agar mereka mempunyai atau bakal memperoleh Lelaki sejati yang dominan. Kalau boleh, hendaklah kamu semua bakal dimadukan oleh suami kamu iaitu seorang lelaki sejati yang dominan.

Kepada Leeds, Misa, mazween, hidup bermadu ini adalah sesuatu yang sihat. Penuh dengan persaingan yang positif. Aku doakan kamu (he..he..he.). Galakkan suami anda. InsyaAllah...InsyaAllah.

Dalam hal ekonomi, persaingan sengit sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain adalah sesuatu yang sihat lagi menyihatkan. Maka hasilnya seluruh organisasi itu akan bertambah mantap dengan menghasilkan product yang kompetitf lagi berkualiti dan mampu memuaskan hati pengguna.

Begitu juga dengan kaedah perkahwinan poligami dan bermadu. Isteri-isteri hendaklah bersaing antara satu sama lain supaya dapat melayan suami mereka dengan sebaik-baiknya. Performance masing-masing hendaklah dijaga supaya mereka dapat memberikan layanan semaksima pada suami yang seorang itu.

he..he....he...

sekian, terima kasih


Komen Pemilik Blog:

Memang aku akui apa yang lelaki itu katakan ada lojiknya namun oleh kerana aku ini perempuan maka aku pasti akan menyokong wanita jua, walaupun begitu aku lebih suka meletakkan diri aku di atas pagar kerana dengan cara ini aku dapat melihat kedua keadaan dengan lebih jelas supaya aku dapat menggunakan empathy aku untuk memahami kedua pihak!

Aku tidak terikat dengan pemikiran Melayu sebab itu pada aku, poligami adalah satu entiti yang diberikan kepada lelaki dalam menyelesaikan masalah batin mereka. Sebagai wanita, aku mempunyai 9 nafsu yang pelbagai ragam maka aku tak heran dengan hal2 batin ni sangat!

Tetapi, lelaki hanya memiliki 1 saluran nafsu mereka, maka sukar bagi mereka untuk mencari jalan penyelesaian jika Allah tidak membuka saluran kepada mereka.

Kita memang terikat dengan pemilikan, apa yang ada ditangan kita dianggapkan sebagai hak mutlak kita, sedangkan semuanya adalah pinjaman semata-mata. Kalau semua yang ada ditangan kita adalah hak, maka disitulah kita bakal tersungkur dengan keegoan kita.

Suami atau isteri adalah "Anugerah" bukannya hak yang menjadi milik kita selamanya kerana sampai masanya ia akan diambil oleh pemiliknya yang ESA. Namun aku sedar tidak ramai wanita yang berani mengakui bahawa poligami adalah juga satu "blessing in disguise" kepada mereka kerana atas alasan bahawa Suami itu Hak AKU!

Aku telah melihat ramai pasangan yang berpoligami secara senyap dan gelap kerana takut dipersendakan oleh masyarakat. Mengapakah mereka menjadi mangsa kepada kisah "Bapa,Anak dan Keldai"?

Kenapa mereka menjadi penakut kepada penyelesaian masalah mereka sendiri? Mengapa mereka masih terikut dengan apa yang diperkatakan oleh masyarakat sedangkan apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang diterima pakai dalam Islam sendiri. Hanya kerana masalah pembudayaan maka, jatuh tersungkur lelaki yang dikatakan Pemimpin dalam Islam!

Pada para wanita pula, sering melihat poligami dari sudut negatif dan sering mengempar-gemburkan kisah yang menyayat hati kaum wanita lain sedangkan kalau mereka sendiri faham kesulitan dan kepayahan yang dialami oleh kaum mereka sendiri, banyak masalah sosial yang dapat dibendung dan diselesaikan jika kita faham bahawa setiap penyakit ada ubatnya..

Memang benar Melayu masih leka dan alpa dalam kehidupan yang sementara ini. Masih ramai yang gagal mencernakan apa yang ada di sebalik isu POLIGAMI.

Dan bukankah keadaan menjadi lebih mudah jika kita menganggap apa yang ada ditangan kita adalah pinjaman semata dan ia akan pergi bila-bila masa supaya kita tidak mengongkong apa yang ada pada kita?

Pengalaman yang aku lalui selama ini mengajar aku supaya sentiasa bersedia sama ada dimadukan atau bermadu atau diceraikan. Maka perasaan aku lebih lapang dan lega kerana aku tidak terikat dengan persoalan bila dan bagaimana!

Komen??

11 comments:

Anonymous said...

dlm pengajian tauhid,jika seseorang itu mendalami dan faham makna sebenar suami isteri, maka tidak timbul soal poligami.secara mudahnya, nabi adam di pasangkan hanya dgn hawa.begitulah asal kejadian manusia,yg utamanya utk beribadat kpd Allah

Sharifah Hassan said...

Salam Anonymous...

Saya bersetuju dan menyokong pendapat Anonymous sebab tidak timbul isu poligami jika kedua-dua pihak memahami dan menerima fitrah pasangan masing-masing tetapi adakah SEMUA pasangan di luar sana sebegitu?

1) Meh kita gunakan analogi Petrol!

Dulu-dulu kita tidak menggunakan kereta, lebih ramai yang berjalan kaki tetapi bila MASA BERJALAN, KEPERLUAN dan KEHENDAK kita MENINGKAT, maka kereta dicipta dan petrol adalah diperlukan untuk menggerakkannya. Tetapi MASA BERJALAN dan harga petrol terus meningkat, tetapi kita sebagai pengguna terus membeli walaupun kita komplen, merungut dan memprotes.Kerana kita tahu kita memerlukan petrol untuk menggerakkan kereta. Kecualilah kita dapat kembali pada zaman dulu...tidak berkereta. Bolehkah dan sanggupkah?

Mungkinkah poligami juga begitu?

2) DULU: Adam dan Hawa dipertemukan ketika hanya mereka manusia yang diwujudkan ketika itu...kenapa hanya satu Hawa tidak empat sebab tidak ada wanita lain untuk dipadankan lagi.

SEKARANG: Nisbah kaum Hawa berganda dari kaum Adam dan perkara ini telah disebut pada zaman Nabi Muhammad lagi. Malahan telah dijelaskan mengapa Nabi Muhammad beristeri lebih dari seorang dan bagaimana beliau menangani hal tersebut.

Maka adakah kita menafikan hak wanita sekarang untuk mempunyai suami, memiliki anak dan dikasihi hanya kerana Adam mempunyai seorang isteri?

Ibadat adalah Iman, Iman pula hadir dari jiwa yang memahami kejadian...

Anonymous said...

saya bersetuju dgn konsep masa yg membuatkan manusia semakin hanyut & berubah mengikut arus yg melalaikan dari iman yg hakiki.buktinya,berapa ramaikah suami yg mengamalkan poligami yg dpt berlaku seadil2nya?tentunya terlalu sedikit bilangannya.saya seorg lelaki.saya secara peribadi dpt merasakan jika saya seorang wanita,akan ada walau sedikit,rasa tidak adilnya sang suami dan cemburu spt juga saidatina Aisyah.Sedangkan zaman nabi,konsep keadilan dlm poligami pun ada calarnya,apatah lagi utk manusia akhir zaman hari ini.tambahan pula Islam semakin berpecah belah dan terbahagi kpd berbagai2 golongan yg pastinya hanya satu golongan yg benar & bertakwa.berapa ramai pula agaknya mereka ini pada akhir zaman? sbb itulah saya mengatakan jika seseorg itu faham akan fitrah hidup berpasang2an spt yg termaktub dlm al quran,yg mana setiap sesuatu itu dijadikan berpasang2an,malam & siang,pasang & surut,maka tidak timbul poligami yg mana kita tahu kesannya semakin lama semakin negatif & di pandang serong oleh org2 bukan Islam & org2 Islam sendiri.

saya kurang setuju dgn yg kedua;"Adam dan Hawa dipertemukan ketika hanya mereka manusia yang diwujudkan ketika itu".kita sedia maklum Adam adalah manusia yg pertama dicipta.dan dari Adamlah Hawa diciptakan.dan bukannya "dipertemukan ketika hanya mereka manusia yg diwujudkan".Ini membawa maksud Allah berhak mencipta dua atau tiga org "Hawa" lagi atas kehendakNya tetapi hanya satu yg Allah ciptakan.mengapa?sememangnya cukup utk seorg lelaki dan nafsu dijadikan utk lelaki ini mengawal dgn cabaran utk menambah keimanannya.hak wanita tidak pernah dinafikan dlm Islam utk berkeluarga tapi jika berpoligami menjadi pilihan,mengharungi hidup dgn penuh ketakwaan hingga hembusan nafas yg terakhir pastinya menjadi satu cabaran yg memrlukan ketabahan setinggi sumaiyyah

Sharifah Hassan said...

Salam,

Islam adalah tentang membuat pilihan, bermakna

"jika berpoligami menjadi pilihan,mengharungi hidup dgn penuh ketakwaan hingga hembusan nafas yg terakhir pastinya menjadi satu cabaran yg memrlukan ketabahan setinggi sumaiyyah"

salah kah jika ada wanita diluar sana yang memilih untuk hidup sedemikian? Siapa saya dan awak untuk menentukan apa yang terbaik untuk mereka...mungkin sudah ramai sumaiyyah di luar sana tetapi kita masih lagi sibuk mempersoalkan apa yang mereka buat. Perlukah?

Saya wanita. Saya akui bukan mudah untuk bermadu tetapi saya hidup bersama 3 ibu tiri dan setiap mereka adalah Sumaiyyah di hati bapa saya. Itu pilihan mereka. Dan mereka bahagia walaupun kita yang mengatakan mereka derita. "Penderitaan" mereka itulah yang mengangkat mereka dari wanita biasa kepada wanita luar biasa menjadikan mereka Sumaiyyah di mata masyarakat...tapi pernahkah kita berfikir sebegitu?

Siapa kita untuk menghakimi pilihan mereka (merujuk kepada lelaki yang berkahwin lebih dari satu dan wanita yang memilih untuk dimadukan atau bermadu?

Adakah hanya dengan beristeri satu menutup segala keburukan sang suami dan mengangkat kedudukan si isteri di mata masyarakat, pasangannya dan Allah sendiri? Belum tentu!

Kerana Allah lebih mengetahui fitrah kejadian manusia maka diberikan pilihan itu kepada kita...

Anonymous said...

benar pilihan adalah bergantung pada setiap org.saya sekadar menyampaikan,terpulang pada penilaian masing2.cuma sematkan dlm hati masing2 sbl berpoligami,kita di jadikan Allah adalah utk beribadat kepadaNya.mohon maaf sekiranya sedari atau siapa2 yg terasa.

wassalam

Sharifah Hassan said...

Salam Kembali,

Ramai juga di antara isteri-isteri nabi yang berkahwin dengan beliau untuk belajar mendekati Islam...

Teringat kisah Hajah Wan Chik Daud yang menjadi isteri kedua M. Rajoli sebab nak belajar agama...

Ibadah itu ibadat..kita je yang tak tau mana yang sesuai dengan diri kita...Maka biarlah ketentuan itu ditetapkan oleh Yang Esa...DIA lebih mengerti kenapa poligami dimasukkan dalam Islam dan tidak dalam agama lain...

Setiap kejadian sama ada baik atau buruk ada penjelasannya dalam Al-Quran. Kenapa perlu kita menolak apa yang telah dinyatakan dengan jelas...Hak kita hanyalah membuat pilihan sama ada kita nak berpoligami atau tidak. Tidak perlu membuat keputusan untuk orang lain sebab apa dia rasa dan lalui tidak sama dengan perasaan kita.

Maaf kan kelantangan saya bersuara. Tak semestinya saya juga menyokong poligami tetapi itu adalah antara pilihan yang telah diberi oleh Allah kepada manusia..pilihlah dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri sebelum untuk orang lain.

skydancer said...

salam puan sharifah & anonymous..hebat betul kalian berbahas di dalam blog ini..bagi saya, poligami dibenarkan dalam islam pasti ada hikmahnya..cuma kebanyakan umat islam yang melakukan poligami tidak dapat memenuhi keperluan poligami itu sendiri..

Anonymous said...

Setau aku lah,
manusia 'akhir zaman' yg menyokong poligami ni cuma ada 2 kategori:
a) Lelaki yang gatal nak menikah lagi atas sebab-sebab yang hanya dia sendiri yang tau
b) Pompuan desperate yang macam tak ada jantan lain selain laki orang untuk dibuat suami. Tapi kategori yang ni pun kengkadang tak nak poligami sebaliknya isteri tua tu yg disuruh ceraikan. Macam-macam...

Sharifah Hassan said...

Salam Skydancer,

Setiap perkara ada kebaikannya, bergantung dari sudut mana kita melihatnya!

Melihat yang buruk sebagai peringatan dan melihat kebaikan sebagai panduan...

Kata orang dulu-dulu..hehehhe!

Sharifah Hassan said...

Salam Anonymous,

Uish..marah ke?

Poligami ini memang persediaan untuk umat Islam di akhir zaman apabila ramai perempuan dari lelaki. Apa yang disediakan ialah sebagai satu ruang untuk umat Islam menambahkan umatnya dengan cara yang halal dan beretika.

Mungkin kita patut mencontohi orang Barat yang tidak lagi menitik beratkan nilai perkahwinan dan maruah wanita juga kedudukan lelaki?

Mungkin berzina dan mempunyai anak di luar nikah lebih baik untuk akhir zaman?

Dan mungkinkah dengan menegenepikan ISLAM, kita lebih bertamadun??

skydancer said...

salam puan sharifah,
(1) kalau boleh nak minta puan komen pasal isu nowadays, yakni trend wanita profesional berkerjaya tinggi+tak mahu kahwin+prefer ambil anak angkat.
p/s: sorry klu off the topic sket..heheh..neway..tq.