Semalaman aku membaca Blog yang memang menyedarkan aku bahawa segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman semata-mata. Aku terpana mengikuti urutan blognya hingga ke saat akhir dan aku mengira hari-hari beliau dan tertanya-tanya, " Adakah dia tahu yang dia bakal meninggalkan dunia fana ini hanya dalam beberapa hari lagi?"
Teringat aku pada satu soalan yang pernah aku utarakan kepada seseorang,"Alangkah senang kalau kita tahu apa yang akan berlaku.." Tapi kini aku sedar Tuhan itulah maha mengetahui dan kita hidup di atas ketentuannya. Yang kita tentukan hanyalah sama ada kita nak ke Firdaus atau ke Jahanam.
~Peringatan Buat Dunia~
Tahun lepas, salah seorang anak muridku, Jennifer (5 Daisy) kehilangan ibunya juga melalui penderitaan yang sama.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment