Monday, September 24, 2007

Membina Kekuatan

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Aneh kan?

Selalu bila kita bertelegu memohon doa, kita pasti meminta di berikan ketenangan dan kesejahteraan tapi yang datang ialah masalah bertimpa-timpa dan sentiasa dirundung malang.

Bila kita pohon kekayaan, yang diberi ialah hutang keliling pinggang...

Bila kita memohon kejayaan dalam apa jua yang dilakukan, alangkah lara di hati pabila semuanya tidak menjadi.

Adilkah?
Kenapa apa yang dipohon lain pula yang dapat?

Sedarkah kita bahawa dari setiap masalah yang diselesaikan hati kian menjadi tenang dan setiap malang yang berlalu, kita menjadi lebih sejahtera dari semalam?

Kita akan menjadi lalai dengan setiap kejayaan yang dicapai apabila ia digengam dengan mudah...tetapi jika setiap kejayaan disulam dengan kegagalan demi kegagalan maka setiap kejayaan yang dikecap menjadi air di padang pasir yang gersang.

Setiap ujian yang diberi menguatkan diri , menjadikan kita manusia yang lebih semalam. Ujian itulah yang mengukur kekuatan kita , menguji samada kita akan tersungkur atau bangun menguasai keadaan.

Pasrah lah kita dengan ketentuan Allah S.W.T. kerana Dia lebih tahu apa yang tertulis untuk kita.

No comments: