Friday, September 14, 2007

Di saat Beduk Berbunyi



Bila berbuka semua khusyuk mengadap rezeki sampai tak sedar gambar diambil.

Sebenarnya pada aku, bila berbuka bersama keluarga, itulah saat paling seronok sekali. So aku just plan adhoc je. Pagi semalam masa di pasar pagi, aku dah siap menu dalam kepala...gulai ikan masin dengan nenas dan sambal tumis sotong. Kebetulan jumpa kepala ikan merah, cadang nak buat sup untuk sahur. Tiba-tiba dapat phone call dari hubby, tanya nak balik taiping ke? Aku on aje. Lepas tu call mak, confirm kami balik berbuka..

Maka apa yang dibeli simpan dalam peti sejuk. Aku terus bersiap ke sekolah..

Bila tamat sekolah 5.45pm, aku kena duty guard sekolah!!!

Sesampai sahaja rakyat jelataku jam 6.10pm, bergegaslah bertolak balik Taiping. First time hubby aku bawa 130kmp. Sampai tepat 7.10pm...berbuka jam 7.19pm.

Paling best sekali atas meja makan ialah..jeng..jeng..jeng..GULAI IKAN MASIN dgn Nenas, SAMBAL TUMIS SOTONG...kena pula dengan CENDOL dan AIR SOYA...itulah TELEPATHI...Favourite aku habis..Tu yang sayang kat mak aku..CHEF NO 1..

Yang tak bestnya..hari pertama puasa, tak ada orang nak bunyikan beduk dan bang Maghrib (rumah sebelah surau)..so main agak-agak jer..

Suasana berbuka bersama keluarga perlu menjadi amalan dalam kehidupan kita selagi masih ada ibu dan bapa...Saat yang paling membahagiakan mereka bila melihat cucu berbuka bersama dan berebut makanan...Hmmm...

No comments: