Mengimbau zaman kanak-kanak aku tak lah semenarik zaman kanak-kanak sekarang!
Aku dilahirkan di Kampung Matang Gelugor, dekat dengan Kuala Sepetang (Port Weld). Ketika itu, aku sudah mempunyai seorang abang yang sangat disayangi oleh arwah Opah ku. Dia jarang bersama aku kerana Opah akan datang mengambil dia untuk tinggal di Rumah Putih di Simpang. Opah dan Tok Wan aku kira orang elit kat Simpang masa tu...
Abah ketika itu sudah mula bekerja dgn Keretapi Tanah Melayu dan mak sibuk mengerjakan bendang, membela lembu dan memotong getah. Kira pada 7 tahun yang pertama aku memang membesar sebagai anak kampung. Teringat kali pertama turun ke bendang...aku memang geli pada benda-benda "slimy"... dari lintah, ulat sampaila pada ular!! Ini kerana kerapkali lintah dan pacat melekat di betis aku dan kadang-kadang sampai ke kepala.
Tapi aku tengok mak aku steady jer.
Bayangkan seawal 5 pagi dia akan ke kebun getah, menoreh. Selepas pulang, dia akan mengelek dan menjemur getah skrap. Kerja aku hanya tolong pusingkan mesin gelek je. Tu pun bila time tak ada getah nak digelek!!
Kemudian dia akan ke kandang lembu, perah susu lembu. Teringat aku semasa seekor anak lembu meminum susu getah..Kesian, sebab dia terpaksa dibedah. Aku tengok macamana 'vet' membedah lembu tersebut dan mengeluarkan daun-daun hijau bercampur susu getah dari perutnya. Pada awal, abah memberi air garam pada lembu tu tapi tak jadi...Namun begitu, tak panjang umur anak lembu tu...akhirnya di kebumikan dibelakang pokok macang dekat dengan kandang lembu. Yang peliknya, aku selalu pergi ke belakang pokok macang tu...nak check kut-kut, tumbuh pokok ke apa-apa (imaginasi kanak-kanak berumur 5 tahun)
Selepas selesai memerah susu, Ane Bai akan datang sekitar 11 pagi untuk mengambil susu. dan aku memang suka sangat-sangat susu lembu sampai ke hari ini walaupun busuk macamana pun baunya. Semasa merebus susu itu, mak selalu masukkan secubit garam dan daun pandan (nak cover bau), aku paling suka lapisan lemak di atas yang kalau dkaut dengan jari, akan ada lapisan susu yang teramatlah enak.
Lepas Zohor, dalam pukul 3, mak akan ke bendang pula. Masa ni, jangan katala..panas tengah rembang. Tapi time ni ikan puyu banyak woo...aku tak suka memancing tapi paling suka menangguk pakai tin-tin susu atau kain batik mak aku!! Bila dapat aku lepas balik...
Dalam pukul 6 kami akan berjalan pulang sebab mak kena bagi makan lembu. Makanan lembu ialah nasi semalam, atau rumput masam dengan air garam. Kadang-kadang ada pil-pil tertentu yang dicampurkan dengan nasi...masa tu aku selalu ingat lembu ni mesti ada cacing dalam perut sebab kalau mak suruh makan ubat cacing selalu dia kata kalau tak makan, perut buncit macam lembu!!!
Waktu malam, biasanya hanya ditemani oleh lampu gasolin. Rasanya abah selalu tercari-cari sarang lampu butterfly. Dan selalunya dia akan jumpa di tebing dinding..tempat yang sama je..Aku pun heran kenapalah dia selalu lupa.
Rumah kami tak ada tv. Mahal loo..kalau nak nak tengok kena pergi rumah tok ayah (tok wan angkat aku). Itupun tv hitam putih. Ntah cerita apa yang ditengok aku pun tak ingat, cuma seronok tengok gambar bergerak dalam kotak. Kadang-kadang bila tak ada orang tengok aku akan ke belakang tv, mengintai dari manalah gambar-gambar tu datang...
Ada masa-masa, mak, abah, abang dan aku ke wayang pacak tengok cerita Hindustan. Suasananya mana sama dengan sekarang.
Sekarang dah ada panggung wayang di cineplex, siap dengan pop corn and pop soda! Zaman dulu tahun 70'an yang ada hanyalah wayang pacak yang dipacak di tengah padang bola dekat balai raya. Hanya menghampar tikar atau bertenggek atas basikal atau motor je, mengadap skrin putih besar. Tapi aku tak minat sangat kerana banyak nyanyi-nyanyi, pas tu bajunya ditukar ntah beratus kali. Aku selalu terfikir, kat mana mereka tukar baju, atau mereka ada magic boleh tukar-tukar baju sekelip mata!
Aku rasa zaman kecil ku penuh dengan imaginasi dan cuba menyelesaikan perkara-perkara yang tiada jawapan. Cara ini kurang diamalkan sekarang kerana anak-anak kini lebih banyak menerima suapan dari ibu bapa dan sekeliling dari cuba mencari jawapan pada persoalan yang bermain dalam kepala mereka.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment