Wajah-wajah cikgu kat TCS yang asyik maksyuk dengan My Porta Portal
Hari ini 8 September 2007, aku menyampaikan in-house training yang pertama setelah kembalinya aku dari USA. tajuk yang disampaikan ialah
~ My Porta Portal: menguruskan sumber internet
~ Web Quest: Menggunakan sumber dari internet dalam Pendidikan
~ Backward Design: Menetapkan hasil terakhir (ujian, projek, latihan) dahulu sebelum membina rancangan mengajar
Dari pengamatan aku, memang guru memerlukan pendedahan dan sentiasa perlu dihangatkan semangat mereka supaya tidak layu dan "menguncup"!!!
Seronok tengok kerenah guru-guru yang bersemangat bertanya itu dan ini. Mereka amat berminat dengan My Porta Portal dan Backward Design kerana dengan bangganya ramai menyatakan mereka sudah pandai menguruskan sumber dari internet dan menyimpan dalam My Porta Portal.
Perancangan asal ialah
7.30-8.30 am: Test Drive dari Perodua (tak sampai pun!)
8.30-11.00am: Graphic in Teaching (fasilitator tak sampai)
11.00-12.00 : Slot aku tapi start dari 8.30 sampai 12.00...puas juga dapat memberi lebih dari yang dijangka. Dan nasib baik aku buat Plan B..just in case kalau slot pertama tidak diisi.
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa Dewan Sekolah dilengkapi dengan wireless...sehinggalah aku dan Ran Chuan configurekan laptop mereka. Jadi hampir 30 minit yang pertama kami berdua sibuk membuka membuka WLAN. Teruja dan terpana mereka melihat kecanggihan sekolah mereka sendiri.
Hmmm....sekarang ni sedang mencari maklumat tentang "Budaya Kerja Kelas Pertama"
So kalau ada sesiapa yang mempunyai maklumat, sudi-sudilah berkongsi...
3 comments:
pinjam gambar cikgu tcs ye.. nak letak dalan facebook.. tq..
aik...siapa ni??? kena kasi introduction le!
Hi Sharifah,
I'm Sharifah Elaisa Beth ...your senior lah 38 this year.Wow I've been looking high and low for anything and everything regarding TCS.
I like the pictures can I use them in the website I plan to create about TCS?
Post a Comment