Friday, September 21, 2007

3 Perasaan


::Setiap orang mempunyai perasaan atau rasa di dalam lubuk hati yang paling dalam. Biasanya kita selalu berasa gembira, sedih, dan yang paling teruk ialah kecewa. Ianya berlaku secara tidak disangka dan dijangka. Tetapi pernahkah diantara kita yang mengalami ketiga-tiga perasaan itu dalam satu masa yang sama...???

Dalam masa kita sedang menikmati kegembiraan yang kita kecapi tetapi dalam masa yang sama juga kesedihan dan kekecewaan menyelubungi setiap rasa kegembiraan yang kita ada. Mungkin ada sesetengah orang yang tidak pernah mengalaminya tetapi bagaimana yang pernah melaluinya..???

Jika kita lihat seseorang itu sedang gembira jangan disangka dia sebenarnye dalam keadaan demikian. Perlukah masa sedang gembira dirampas oleh kesedihan dan kekecewaan..?? Kita cuma nampak dari sudut luaran sahaja. Cuma tuan punya badan sahaja yang tau perasaan sebenarnya...

Kita gembira bila melihat sesuatu didepan mata yang mungkin kita dapat tetapi kita sedih dan kecewa bila ia gagal dimiliki oleh kita...

Pernahkah anda merasainya...???
Hmm... Sekadar bertanya!

No comments: