Sejak akhir-akhir ini aku mengikuti blog yang menceritakan kisah suami ingin menambah cawangan. Satu isu yang tidak pernah lapuk dek hujan atau kering dek kemarau. Hakikat yang sendiri harus ditelan ialah aku sendiri datang dari keluarga di mana rata-rata lelakinya pasti akan menambah cawangan atau menukar cawangan!
Aku dapat melihat keadaan in dari dua perspektif, satu dari kerlingan seorang perempuan dan dari kaca mata seorang lelaki.
Bagaimana seorang wanita mampu membina kekuatan untuk melepaskan suami tercintanya kepada yang lain. Tambahan apabila tangan yang menyediakan segala keperluan, makan dan minum, mencurahkan segala kasih dan sayang kepada seorang manusia yang paling rapat dengan dirinya, malahan seorang yang dianggap pelengkap dirinya.
Bagaimana sanggup seorang wanita yang berkongsi hidup, keluh dan kesah menyerahkan nafasnya untuk dijaga oleh wanita lain?
Mana mungkin seorang suri menyerahkan mahkota hatinya kepada istana yang baru.
Sering kali wanita memendam duka dalam senyuman apabila suaminya menambah cawangan. Apalagi kalau perkahwinan itu dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan si isteri. Pasti akan menambah lara.
Sedih memang sedih..Kecewa yang terasa sehingga ke tulang hitam dan wanita akan segera menyalahkan dirinya di atas semua kekurangan yang ada dan kemudian menghalakan kemarahan itu kepada suaminya kerana tidak menerima kekurangan yang ada pada dirinya.Mereka akan makan hati berulam jantung bertahun-tahun lamanya sebelum bangun untuk kembali kepada sedia kala. Walaupun begitu parut yang ada di hati mereka pasti berbekas dan tak akan dapat dihilangkan walau sebagaimana adil pun suaminya dalam menjaga kerukunan rumahtangga dan baik pun madu mereka.
Ini kerana wanita bersifat setia hanya pada yang satu.Mereka adalah insan yang hanya mampu menyerahkan hati mereka pada yang seorang yang telah mereka pilih. Dan apabila mereka menyerahkan hati mereka, harapan yang dicurahkan ialah...jaga dan bajalah hati ini supaya ia sentiasa mekar di hati suami mereka.
Wanita sering beranggapan apabila mereka telah melakukan semua tanggungjawab mereka maka mereka telah melakukan yang terbaik. Mereka mahu suami mereka melihat apa yang mereka telah lakukan sebagaimana mereka sendiri menilai diri mereka.
Persoalan yang sering bermain di minda mereka ialah ...aku sudah melakukan yang terbaik...aku sudah memberikan segala-galanya kepadamu... Apa lagi yang kau cari? Bukankah aku yang kau pilih dahulu kenapa kini kau memilih yang lain pula? Tidak cukup kah dengan apa yang ada? Mengapa perlu mencari yang lain, mengapa tidak memperbaiki yang ada? Mengapa sekarang semua kekuranganku disebut? Selama ini mengapa semuanya lengkap dan sempurna?
Wanita merasakan mereka sudah "memberi" apa yang suami mereka inginkan dari sebuah rumahtangga. Mengapa apa yang diberi tidak diterima dan dijaga tetapi dihancur lumat, dicincang dan diketepikan?
Dan pandangan para suami pula...mereka merasakan mereka berhak untuk beristeri lebih apabila sampai masanya. Masa itu diukur dengan kemampuan kewangan untuk menyara rumah-rumah tangganya! Malahan masa itu diukur apabila isteri pertama dapat menerima hakikat bahawa dia bakal menerima madu. Masa itu juga ditentukan apabila dia berjumpa dengan seorang yang dikatakan melengkapkan apa yang kurang dalam isteri pertamanya.
Mengapa ramai suami kini mula memasang cawangan? Alasan yang diberi adalah sama ada mereka merasakan mereka mudah memberi cinta kerana mereka mudah tertarik dengan wanita lain. Teringat kata-kata Abg Jamal~"I've got too much love to give!"
Ada yang mengatakan apa yang mereka cari selama ini tidak wujud dalam isteri mereka. Masa mula berkenalan, ingatkan ada tapi lain pula yang dapatnya. Maka bila ditanya apa yang dicari...seseorang yang memahami...Aku pula sering tertanya-tanya, berpuluh tahun tak kan isteri tak faham-faham. Maka jawab mereka mudah...ada benda si isteri tu faham, tetapi banyak benda yang dia buat tak faham...dah sudah..apa pasal macam tu?
Maksudnya kadang-kadang si suami memerlukan pemberian tanpa di pinta. Seringkali mereka menginginkan suasana yang telah mereka wujudkan untuk si isteri. Suasana yang macamana? Apa pula pemberian tanpa dipinta. Namun aku faham apa yang mereka kehendaki. Pada mereka, apabila mereka mewujudkan suasana si isteri selesa dalam rumahtangga, maka mereka mahu si isteri mewujudkan suasana yang sama untuk mereka. Bukan melalui rutin seharian seperti memasak, menggosok pakaian, menyediakan semua keperluan tetapi memberi fokus kepada diri mereka. Mereka mahu isteri mereka sedar tentang apa perkara yang menyukakan mereka, perkara yang menyemak fikiran mereka dan tahu cara menghilangkan keluh kesah dalam jiwa mereka sebagaimana mereka lakukan pada si isteri mereka.
Apabila aku menghabiskan masa ku cuba mengupas isu ini, aku tersedar bahawa bukan isu bermadu yang menyebabkan si isteri berantakan dan suami memendam rasa tetapi dek kerana tidak mampu menyampaikan apa yang tersimpan di dalam hati selama bertahun-tahun bersama. Itulah punca kenapa akhirnya suami mengambil keputusan untuk bermadu kerana dia ingin mendapat peluang mencuba sekali lagi setelah dia faham akan masalah yang melanda dalam perhubungannya selama ini. Si suami selalu berharap apabila si isteri menerima madu, si isteri akan mula mengerti mengapa suaminya menambah cawangan. Malangnya tidak akan ada si isteri yang mampu mengerti keadaan itu kecualilah dia sendiri yang pergi meminang si madu (suatu keadaan yang pasti tidak akan berlaku)

No comments:
Post a Comment