Monday, September 3, 2007

Antara Percikan Bunga Api dan Sebatang Lilin



Dalam melihat pelbagai ragan manusia, terfikir aku tentang bagaimana setiap kita mendefinisikan keperluan pengisian spiritual dalam diri masing-masing. Terutama bagi pasangan yang sudah lama bersama. Adakah percintaan mereka ibarat percikan bunga api yang sentiasa meletuskan bunga-bunga kehangatan cinta yang menjadikan perhubungan itu sentiasa mekar dan ceria. Atau seperti sebatang lilin yang setia menyala menemani hati yang sepi.
Ketika aku melihat letusan bunga api, terfikir aku adakah cinta wujud? Jika ada apa yang dikatakan cinta, bagaimana kita mengenal ia?
Ketika aku melihat nyalaan lilin bila kegelapan, terbayang pula kesetiaan cahaya itu menemani hati yang sepi penuh dengan kesuraman.
Antara letusan bunga api dan cahaya sebatang lilin, aku terpaku membuat pilihan kerana cinta sukar dimengertikan.
Kalau kita melihat cinta ibarat letusan bunga api, maka ia hanyalah seketika. Kita perlu mempunyai mercun yang banyak untuk menghasilkan letusan yang mampu menghangatkan suasana.
Kalau kita melihat cinta ibarat sebatang lilin, maka ia adalah untuk masa yang panjang.Tetapi kita akan leka dengan cahaya itu dan sedar-sedar lilin itu sudah habis terbakar.

No comments: