Hari Merdeka di sambut di kolam air panas kerana 3 hari cuti yang panjang di habiskan di Taiping. Sempat juga aku bersama abahku bersembang dengan pemilik kolam air panas itu dan beberapa ilmu perniagaan diturunkan kepadaku semetelaah aku berkongsi idea aku dan abah bersamanya. Korek punya korek rupanya dia berminat untuk memajak/menyewa kolamnya sebanyak RM2500 sebulan tapi cara pembayarannya sungguh menarik kerana dia mengkehendaki pendahuluan sebanyak RM 2000x12bulan selama 3 tahun (RM72000) dibayar kepadanya terlebih dahulu dan setiap bulan dia menerima sebanyak RM500 selama 3 tahun. Memang bergeliga orang tua ni. Sayangnya dari empat ornag anaknya tidak seorang pun berminat untuk berniaga.
Aku sempat juga menjenguk rumah yang abahku sedang bina. Idea dalam kepalanya ialah untuk menyewa dalam bentuk harian kepada sesiapa sahaja. Modal yang dikeluarkan ialah sebanyak RM35000 untuk tanah dan rumah. Ketika itu terdetik juga aku untuk melabur juga. Sedang dalam perkiraan! Bagi masa untuk membuat percaturan. Kadang-kadang seronok melayan otak abahku ini.
Dalam itu sempat juga aku berjalan mencari kereta baru yang secondhand kerana kereta kancil aku tu dah daif sangat. Masa beli dulu punmemang berkira nak pakai dalam setahun dua jer. Terjumpalah kereta Honda City tahun 1996 plet JEG xxxx. Harga menarik cuma RM24000. Loan boleh RM19000. Fikir dulu. Bukan satu keperluan..hanya memenuhi kehendak. Kalau rasa perlu boleh dicongak dan dibuat kira-kira tapi kalau rasa belum perlu, boleh dibiarkan dulu.
Hari apa entah, aku melilau area tempat aku tinggal di Pasir Putih, sedar-sedar sudah 6 tahun aku tinggal di situ dan pembangunan jelas berkembang pesat. Aku terjumpa rumah idamanku. Mahal tapi berbaloi. RM189000 rumah 5 bilik 2 setengah tingkat. Tapi entah lah..again..soal keperluan vs kehendak.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment