Ini baru seorang anak waris!! Kalau ada 2 atau 3 orang alamatnya pecah kolam ikan tu...
Atau aku yang mengidap hypertension (darah tinggi) atau lemah jantung. Betul kata orang sebuas-buas anak perempuan, buas lagi anak lelaki. Semasa kejadian ini, aku berada dalam rumah dan kali terakhir aku melihat Sufi ialah semasa dia bermain basikal dengan Adlin. Rupa-rupanya dia ditinggalkan oleh Adlin. Dan dia pula menemui benda baru untuk diterokai. Nasib baik tak dalam walaupun jantung aku terberhenti seketika. Ketika aku melihat dia memanjat tebing kolam dengan basah lencun, yang aku ingat hanyalah..mujurlah airnya tak dalam dan Sufi memang biasa berenang di kolam, kalau tidak..jangan disebut. Dan rupa-rupanya kejadian ini berulang lagi 30 minit sebelum buka puasa. Sekali lagi dia masuk kolam dan kali ini dengan wajah yang jelas ceria kerana kawasan yang baru tidak begitu menakutkan berbanding pukul 4 tadi...
No comments:
Post a Comment