Thursday, September 6, 2007



Ini gambar Sheda..adik bongsu aku dengan ADS..Ahmad Danish Sufi.

Memang aku tengah boring sebenarnya... Carilah cara nak menyeronokkan hati sendiri.

Sekarang ni aku sedang menghabiskan buku hasil "Johan Halid: Pertahankan Hak atau Kebahagiaan". Aku beli masa pergi konvo kat UTP... menarik gak..ada yang aku kisahkan dalam entri aku!!

Dan sambil tu aku juga membelek buku kompilasi "Lists to live by (the Third Collection): Everything that really matters" compiled by Alice Gray, Steve Stephens, John Van Diest.

So aku terbaca perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri. Bukan senang sebenarnya nak menyeronokkan hati sendiri kerana mungkin kita lebih senang menyeronokkan orang lain.Hahahah...

Cuba perhatikan ...mana tau boleh digunakan untuk diri sendiri...

1. Tepuklah belakang kita sendiri bila terkenangkan perkara-perkara yang kita lakukan dengan betul dalam hidup kita. (hai..itulah nasib badan!)

2. Dengarlah nasihat dari mereka yang kita sayang.(Jenuhlah aku nak dengar..pasal keras hati dan kepala!!)

3. Tanyalah pada mereka yang kamu kenal tentang keajaiban yang telah berlaku dalam hidup mereka. (Pasti aku membayangkan keajaiban yang sama untuk diriku juga..dah sedih balik..kuang..kuang..kuang..)

4. Lakukan sesuatu untuk tujuan yang mulia..(Hmm..rasanya hari-hari buat..dah tu kerja aku ngajor!)

5. Baca buku cerita kegemaran kamu semasa kecil sebelum tidur..(Ada lagi kut cerita Cinderella kat rak buku aku?)

6. Belajar mentertawakan diri sendiri...(Itu yang kalah tu sebab gelak pun selalu sorang-sorang sambil pegang handphone!!)

7. Rancangkan sesuatu untu masa depan..(hmmm bila tu?)

8. Baca doa sebelum makan..(Amin)

9. Belajar melihat perkara yang positif dalam hidupmu..(Well, a half filled glass is always better than a half empty)

10. Jadikan seseorang merasakan dialah orang yang paling berharga dalam hidupmu..(Aku pilih..diriku sendiri)

11. Bergembira di atas nasib untung orang lain.(Untung sabut timbul..)

12. Belajar menerima pujian...

13. Pergi ke mana yang belum kamu sampai..(India..here I come!)

14. Lakukan apa yang kamu suka lakukan ketika kecil..(panjat pokok..boleh?)

15. Lepaskan semua kekesalan..( Ini yang paling sukar dilakukan)

1 comment:

skydancer said...

"10. Jadikan seseorang merasakan dialah orang yang paling berharga dalam hidupmu..(Aku pilih..diriku sendiri)"
p/s: agak sedikit janggal di situ.