Sunday, September 30, 2007

Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan batu di Negeri Sendiri...Yang mana-mana pun Sama!!

Tiba-tiba teringat semasa tamat latihan perguruan pada tahun 1993, posting bermula 1 November, pelik tapi benar kerana tahun tu rasanya sessi persekolahan mula bulan November...pasal banjir.

Batch guru pelatih sessi 1991/1993 adalah group pertama buat set induksi dalam maktab sebaik sahaja tamat latihan sebelum posting. Masa ni belu tahu lagi posting ke mana. Aku dan Ariffah memang dah plan nak mengajar di Sabah ataubSarawak sebab pada tahun 1992, kami ke Tambunan mengikuti Jambori Kebangsaan di Tambunan. Maka pengalaman hampir sebulan di sana memang membuka mata kami tentang peluang nak buat duit dan berjalan jauh merantau ke tempat orang...

Rupa-rupanya ramai senior kat sana buat kerja sampingan yang pelik-pelik!! Ada yang bela kerbau, tanam cili dan yang biasanya ialah buat tuisyen. Aku dan Ariffah lebih kepada nak travel ke Filipina dan seanteronya!!! Pasal duit kami tak kisah sangat sebenar (mungkin FAMA sentiasa ada untuk membantu?)

Tup-tup borang kami kena reject sebab tahun itu Bahagian Pendidikan Guru bercadang menghantar lebih ramai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Bila Tutor kami mengembalikan borang kami, semua kawan kelas terpingga-pingga..hahahahah sebenarnya tak ada siapa pun yang tahu pasal plan kami tu, kononnya nak surprisekan semua orang!!

Masa tu dah masuk bulan Oktober, time-time ni la...maka terpaksalah kami isikan borang baru, seingat aku, negeri yang aku minta ialah Kedah dan Penang sebab ketika itu aku masih terlibat dengan Persatuan Kenu Pulau Pinang dan kami ada banyak aktiviti berkenu selain mendaki gunung.

Lagi satu kejutan yang aku terima bila senarai posting keluar...Memang aku punya bengang kerana pelajar yang paling 'brutal' balik duduk celah ketiak mak!! Aku kena posted di SK Kampung Tua, Semanggol yang hanya 30 minit dari rumah aku..cis..kantoi plan aku!

Aku punyalah merengkam jiwa ketika itu...sebab dari 28 pelajar PSR PI hanya 4 balik kampung sendiri termasuk aku dan semua pakai kabel, 14 ditempatkan di Terengganu, 7 di Johor, selebih berselerak di Semenanjung sama ada ikut suami atau isteri.

Bila selesai induksi, aku contact best friend masa di SMK Raja Chulan si Halim, minta dia bawa aku ke JPN Perak untuk mohon pertukaran ke Terengganu. Teringat lagi kisah bila disoal oleh pegawai di JPN.."awak nak ke mana di Terengganu?"...selamba jer aku jawab "erhm..ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang" Aku rasa memang dia terkejut beruk sebab soalan dia yang selanjutnya membayangkan tak ada perempuan yang nak ke sana..." Awak nak ikut suami ke?" Hahaha.."tak lah encik, saya belum kawin, tak teringat pun pasal nak kawin!"

Bila aku dapat surat, mak dan abah punyalah mengamuk...Rupa-rupanya abah yang buat kir-kira supaya aku balik ke Perak dan bila aku buat pertukaran ke Terengganu, abah memang tak mengaku anak...punyalah sedih!

Masa aku nak ke Terengganu, duit dalam poket ada berapa ratus jer, itu pun tumpang Queenie, Nor Azlina,mereka kena posted ke Kuala Berang, aku ke Kuala Besut. Mak hanya hanya sampai ke depan jalan sahaja. Muka abah langsung tak nampak. Teringat mak menyua RM50 buat belanja.

Sepanjang perjalanan ke Terengganu memang terasa nak menitik air mata, tapi aku kuatkan semangat sebab ada sebab mengapa aku memilih untuk ke sana, selain dari teman aku ramai di sana, sebenarnya mudah nak masuk universiti kalau mengajar di tempat orang.

Bila sampai di Kuala Besut, tak tahu nak ke mana, teringat naik teksi mencari sekolah, bila sampai sahaja, aku terus ke rumah sebelah sekolah, petang tu aku di hantar ke rumah Cik Rokiah. hampir setahun juga aku tinggal di situ, dan dalam tempoh itu, 3 bulan pertama meamng aku langsung tak dapat bercakap dengan mak atau abah sehinggalah mak kemalangan tersimbah kuah mee kari sehingga dimasukkan ke hospital hampir seminggu. Ketika itu aku pulang ke Taiping selepas hampir 6 bulan berada di Kuala Besut.

Ketika aku di Taiping, aku jelaskan kepada abah punca kenapa aku tak mahu berada di taiping ketika itu...barulah dia faham dan mula menerima...

Maka aku mengajar di Besut selama 3 tahun 7 bulan 19 hari sebelum aku ke UPM menyambung ijazah dalam B.ed TESL...

2 comments:

Sharifah Hassan said...

Salam,

Thank you! And thank you for visiting my blog! Whom ever you are...

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!